Friday, August 5, 2011

DIRI AKU YANG SEBENAR

Jujur. Aku seperti itu. Aku tak tipu. Sampai sekarang tak berubah-ubah. Hari-hari kena marah sebab aku selalu buat macam tu. Tapi tak pernah rasa serik. Best kan dapat buat macam tu?

Cukup mana pun aku tidur. Kurang mana pun aku tidur. Pasti. Mesti. Akan buat begitu. Kalau terlajak begitu, baru tergopoh-gapah cari tuala. Apa nak jadi? Aku pun tak tahu. 

Diri aku dah tanamkan azam. Tapi tak tumbuh. Kurang baja kot. Atau kurang air. Atau kurang kasih sayang. Takkanlah. Teruknya diri aku yang sebenar ni. Tak nak diri aku yang sebenar yang hodoh ni. Boleh ubah tak? Harus boleh. Tapi tekad tak cukup lagi agaknya. Mana nak cari tekad ya? Dalam diri aku juga ke? Susahlah nak cari. Kena menyelam dalam diri sebenar baru boleh jumpa. Mesti lamakan?



Usaha nak jadi diri aku yang sebenar. 
Tapi nak diri aku yang sebenar jauh lebih baik dari ini.
ASSALAMUALAIKUM


----------------------------------------------

YF : Jujur itu mesti

BUDI ITU HODOH

Budi itu sangat hodoh
Kalau si pemberi tidak ikhlas

Budi itu sangat hodoh
Kalau balasan diharapkan

Budi itu sangat hodoh
Kalau segalanya diungkit

Budi itu sangat hodoh
Kalau menganiaya sesama sendiri

Budi itu sangat hodoh
Kalau diselangi dengan kutukan

Budi itu sangat hodoh
Kalau kepentingan diri diutamakan

Budi itu sangat hodoh
Dan sudah pasti itu bukan budi namanya
Itu namanya JUAL IKAN


-------------------------------------

YF : Jangan ikutkah hati kelak badan binasa

WORDLESS MORNING #32


----------------------------------------------

YF : Sendiri menanggung sakit

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...