Posts

Showing posts from September 4, 2011

MUNGKIN TIDAK SEAKTIF DULU

Image
Sedih untuk aku taip entri kali ni. Hari ini aku bakal bergelar pelajar semula. Kursus aku pula mungkin agak susah. Ya. Bagi akulah. Subjeknya pula mungkin ada tambahan. Jadi, mungkin tiada kelapangan untuk seaktif dulu. Entri akan dibuat tapi tidak sekerap dulu. Tidak semeriah dulu.  Aku akui, aku akan merindui zaman kemeriahan itu. Zaman ketidakkesahan aku terhadap waktu malam mahupun siang. Fuh. Beratnya jari ini ingin menaip. Cuma pinta aku kepada para pembaca sekalian. Doakan aku semoga berjaya mengharungi dunia baru dan dugaan yang baru juga. Mungkin ini adalah langkah aku yang paling terbaik pernah aku lakukan. Aku bersyukur kepadaNya kerana memberikan aku peluang sebesar ini. Perasaan tidak percaya masih bersarang di dalam jiwa ini. Terasa ingin jaga dari mimpi ini. Tapi inilah realiti. Inilah kehidupan. Semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku ke atas aku kelak. Harap-harapnyalah. Kepada korang semua, teruskan menaip sekiranya mampu. Berikan maklumat yang boleh membantu pemb