Tuesday, January 31, 2012

WORDLESS MORNING #68


-----------------------------------------

YF : Syukur yang tiada terhingga

Monday, January 30, 2012

DOWNLOAD MOVIES TAPI TAK TENGOK PUN

Hahaha! Poyo tak title tu? Okay. Bai. Upps! Not yet babeh! XD

Ya. Aku memang suka download movies. Tapi ada juga yang terlepas pandang untuk ditonton. Yang betul-betul menarik perhatian je yang aku tengok. Cewah. Lagi poyo. Hahaha!


Tadi nak cari filem Abduction lakonan pujaanku, Taylor Lautner. Eh, silap. Bukanlah pujaan pun. Tapi suka tengok lakonan dia. Plus, wajahnya yang ala-ala werewolf tu kan *Penangan The Twilight Saga*. Heeee. Silalah baling telur kat entri ni. Hahahaha!

Usha punya usha. Banyak pula yang website yang aku jumpa. Jap, jap. Sabarlah. Nak copy paste url. Aduh.   -__-"

DDMF  

Banyak, kan? Rambang mata aku tengok movies yang ada. Nak download semua, memang tak lah. Habis MB aku nanti. XD

Siapa dah lunch? Aku belum lagi!
ASSALAMUALAIKUM

-------------------------------

YF : Baby Irfan dah besar!

Saturday, January 28, 2012

WORLD BLOGGERS AND SOCIAL MEDIA AWARDS 2012 || UNDI TERKINI (28 JAN 2012)



Yey! Dah naik jadi 10 orang! Banyak itu pun nak batak ke? Heh. Biarlah! Hehehehe. Tapikan, makin ramai yang join tau. Good. Good. Good. Tambahkan persaingan. Sengitkan pertandingan. Cewah!

Pada yang belum mengundi saya, ehem ehem, silalah ke WORLD BLOGGERS AND SOCIAL MEDIA AWARDS 2012 || DO VOTE FOR ME si dan cari url saya di Social Media Week ya? Jasa anda amatlah dihargai. Kekhkehkeh! Pape hal pun, selamat berblogging ye teman-teman? :)

ASSALAMUALAIKUM

-----------------------------------------

YF : Bilang saja bila kau mahu.


THE 10TH KINGDOM || MINI SERIES


Aku tengok series masa aku sekolah rendah rasanya. Tak pasti tahun bila. Bila tengok cerita ni, sampai sekarang teringat-ingat jalan cerita dia tau. Siapa yang kepala dia sama macam aku, bulat, mesti suka tengok cerita ni punya! Hehehe!

Penat aku cari series ni. Ye lah. Cerita ni mini series. Bukan yang macam ada season tu. Lagi satu, ramai yang cakap size cerita ni besar kalau nak download. Memang selalu hampa je tau. Kalau jumpa pun, link download dia tak berapa nak sesuai dengan keupayaan aku. Hehehe. Youtube pun ada juga. Tapi, alamak. Gambar dia pecah-pecah lah. Macam klip 3gp je aku tengok. 

Akhirnya, beberapa minggu yang lepas, aku jumpa satu blog ni. Dia provide macam-macam series wa cakap lu. Aku ingat blog dia ni dari over the sea. Punyalah aku bersusah payah nak cari ayat English bila bercakap dengan dia. Kira terdesak jugalah aku masa tu. Hentam je lah! Hahahah! Bila tengok nick dia, Alif rupanya. Heh. Tak makan belacan pun, berbahasa Melayu mesti bolehkan? ;)

Lepas tu, dia dapat cari cerita ni dengan saiz yang lebih kecil dan link download ni pun sangatlah aku suka! Tak tahu nak cakap macam mana. Terima kasihlah ya! Thanks a lot!

Siapa yang layan cerita ni, boleh terjah belog Neo-Cinetics!!! Yeah!!!

Eh, siapa nak minum nescafe ice???
ASSALAMUALAIKUM

-------------------------------------

YF : Girl On The Window

WORLD BLOGGERS AND SOCIAL MEDIA AWARDS 2012 || UNDI TERKINI


Syukur ALHAMDULILLAH! Baru je 2 hari, tapi dah ada 7 orang yang vote untuk blog aku. Mungkin bagi sesetengah orang tak banyak. Tapi bagi aku, banyaklah ni untuk blog picisan macam aku punya. Hehehe!

Terima kasih daun keladi kepada siapa yang telah mengundi blog aku. Kan best kalau kita boleh tahu siapa yang vote untuk kita, kan?

Kepada yang belum tahu pasal award ni, boleh terjah entri WORLD BLOGGERS AND SOCIAL MEDIA AWARDS 2012 || DO VOTE FOR ME atau terus ke website Social Media Week ini. *Ehem, dah singgah tu, jangan lupa vote ek? Heheheh!

ASSALAMUALAIKUM

-------------------------------

YF : Setiap kali bersin, jangan lupa ucap ALHAMDULILLAH.


DAH LAMA TAK BER'BLOG WALKING'

Huarggggh!! *Sambil menggeliatkan tubuh yang tak berapa nak penat ni. Hehehe.

Sejak aku menjejakkan kaki ke menara gading yang tak ada gading tu, aku dah tak seaktif dulu. Siapa yang perasan tu, pasti akan tahu. Erk, ada yang perasan ke? XD


Hari ni baru berkesempatan blog walking. Malam-malam macam ni biasanya tengok movie dengan adik. Hehehe. Tapi malam ni tak banyak pun terjah blog orang. Adalah beberapa kerat. 

Haish. Tengok  blog orang, dah banyak entri diorang post untuk tahun ni. *Padahal, baru bulan Januari. -__-"
Tapi tak apalah. Pehal aku nak jealous mealous pula ni kan? Keep it up! Teruskan ber'blogging', okay??? 


Eh, ada dengar perut berbunyi tak? XD
ASSALAMUALAIKUM




------------------------------

YF : Benarkah cinta itu buta? 
Kalau buta, bagaimana aku bisa mencintai dirimu tanpa melihat hatimu?

WORDLESS MORNING #67


-----------------------------------

YF : The Road That Not Taken

WORLD BLOGGERS AND SOCIAL MEDIA AWARDS 2012 || DO VOTE FOR ME


Aku 'terjoin' event ini atas desakan seseorang ( sebenarnya lebih kepada sokongan dan dorongan. *Terima kasih Kak Farah! ).

Aku mungkin seorang blogger yang tidak seaktif dan sebagus para blogger yang lain. Tapi, tujuan dan niat aku sama seperti mereka semua. Ingin berkongsi dengan semua tentang segalanya! ( Ehem, yang private tak adalah kan ).

Aku juga mungkin tidak mempunyai entri-entri yang menarik dan tertarik seperti mereka yang lain. Namun, itulah yang datang dari fikiran dan hati aku. :)

Okay! Tidak ingin melengahkan masa! Kalau boleh, kalau sudi, kalau ada masa, kalau rajin dan kalau rasa aku patut diundi, silalah klik butang "VOTE" ya. Pastikan kriteria-kriteria blog saya seperti di bawah :


Aku masuk bukan nak menang atau populariti, tapi untuk mengetengahkan bakat yang tak berapa nak tajam ni. Hehehe. 

Kepada para blogger yang masih belum menyertai, marilah kita memeriahkan lagi acara ini. Sekiranya ingin vote dari aku, silalah bagitahu kat ruangan komen ya? Akan diundi dengan serela hatiku. Cewah! 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Social Media Week ini.

*Majulah blogger untuk negara

ASSALAMUALAIKUM

---------------------------------

YF : Biar kalah dengan bermaruah, dari menang secara hina.

TERIMA AKU APA ADANYA

Dalam kehidupan seharian kita, pasti kita ada kegemaran sendiri. Contoh :

1) Baju

Dalam banyak-banyak baju atau T-shirt, yang lusuh tu juga yang dicari. Kenapa? Sebab kita dah sebati dengan baju tu. Selesa. Lembut. 

2) Kasut

Kasut banyak. Satu almari. Tapi yang kasut sarung tu juga yang kita nak pakai. Kalau boleh, pakai sampai hancur. Sampai tak boleh pakai. Sebab kita senang nak bergerak ke sana ke mari.

3) Tudung

Tudung pelbagai jenis warna ada kat dalam almari. Macam-macam fesyen ada. Tapi yang hitam tu juga kita nak pakai. Yang sarung tu juga yang kita cari. Ye lah. Senang nak match dengan semua baju. Lagi-lagi kalau dalam keadaan tergesa-gesa.

4) Handphone

Orang kutuk handphone kita. Lama. Tak up to date. Tapi kita tak kisah. Kita yang pilih model tu. Guna duit sendiri pula tu, kan. Janji boleh call dan SMS.

5) Notebook

RAM dia sikit. Hard disk storage dia pun kecil. Slow pula tu. Kalau member kita guna, mesti dia komplen. Tapi kita sabar je. Sebab kita tahu, kita buat assignment, online, dengan notebook tulah.

Aku anggap para pembaca blog aku mempunyai sebuah keluarga. Ayah, ibu, adik beradik, pak cik, mak cik dan sebagainya. Mungkin juga kamu semua mempunyai kekasih mahupun suami/isteri. Dan, pastinya ada teman-teman rapat yang menemani perjalanan hidup seharian.

Aku pasti, mereka menerima kamu seadanya. Baik buruk kamu, tetap diterima dengan hati yang terbuka. Mengapa? Sudah sayang, buruk tetap akan nampak cantik dipandangan. Walaupun kita jahat, pasti ada yang akan berada disamping kita untuk menasihati dan memimpin kita. Bertuahkan kita? :)

ASSALAMUALAIKUM


-------------------------------------------

YF : Aku maafkan kamu.

Friday, January 27, 2012

WORDLESS MORNING #66


--------------------------------------------

YF : You let me fell.

Wednesday, January 25, 2012

QARIN || SAUDARA KEMBAR MANUSIA

Aku ada terdengar pasal Qarin ni, tapi tak pasti kat mana. Lupa. Hehehe. Tapi, semalam kalau tak silap, ada orang share kat Facebook. Aku pun dengan tanpa berfikir panjang, sharelah sekali. Terbalik, kan? XD

Bila baca pasal ni, baru aku tahu apa itu Qarin. Hmm. Seram pula bila sorang-sorang dalam bilik then post entri pasal Qarin ni. Haish. Tapi, tak apalah. Ilmu. Kena kongsi-kongsi, kan?

-----------------------------------

Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. 

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." 
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." 
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

*Sumber : PanduanIslam


-----------------------------------

Aku ada terjumpa juga satu website ni cerita pasal Qarin. Info Masa Kini. Terjahlah kalau nak. Hehehe.

Walau apapun, pilihan ada di tangan kita sendiri. Mungkin kita diberikan dugaan, tapi kita juga diberikan bantuan untuk menghadapinya. Itulah kehidupan yang ALLAH telah berikan untuk para hambaNya.

Jadi, jangan mengeluh wahai teman-temanku. Setiap kejadian itu, ada hikmahnya. Hikmahnya pasti yang baik-baik saja. Sebab itulah, kita digalakkan mengucap ALHAMDULILLAH jika mendapat nikmat mahupun kesulitan. 

Overlah pula aku post kali ni. Okay! Malam!
ASSALAMUALAIKUM.

-----------------------------------

YF : Biarkan ku sendiri.


WORDLESS MORNING #65


-------------------------------------

YF :  That feeling when you feel insecure with the surroundings.

Tuesday, January 24, 2012

I WON'T GIVE UP

ASSALAMUALAIKUM

I would like to share a music video that really attract me. And, of course the song is nice to listen too. Don't want to write more, just listen to this song and enjoy the video! :)






When I look into your eyes
It's like watching the night sky
Or a beautiful sunrise
Well there's so much they hold
And just like them old stars
I see that you've come so far
To be right where you are
How old is your soul?

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up

And when you're needing your space
To do some navigating
I'll be here patiently waiting
To see what you find

'Cause even the stars they burn
Some even fall to the earth
We've got a lot to learn
God knows we're worth it
No, I won't give up ]
I don't wanna be someone who walks away so easily
I'm here to stay and make the difference that I can make

Our differences they do a lot to teach us how to use the tools and gifts
We got yeah we got a lot at stake
And in the end, you're still my friend at least we didn't tend
For us to work we didn't break, we didn't burn
We had to learn, how to bend without the world caving in
I had to learn what I got, and what I'm not
And who I am

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up
I'm still looking up

I won't give up on us
God knows I'm tough, he knows
We got a lot to learn
God knows we're worth it

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up

----------------------------------------------

YF : Going down and up, but it's okay.
I'm used to it.

WORDLESS MORNING #64


-----------------------------------------------

YF : Those memories that I should erase it.

Monday, January 23, 2012

WORDLESS MORNING #63


-----------------------------------------

YF : I'm talking to the moon.

TERHAPUS SUDAH

ASSALAMUALAIKUM

Entri kali ini sekadar ingin memberitahu bahawa aku telah berjaya membuang sesuatu yang telah aku simpan sedari dulu lagi. Apa ya? Hehehe! My first blog ever. I deleted it before I went somewhere last two weeks. Why I did it? The entries that I had post made me to do so. Dalam entri-entri tersebut, semuanya berkaitan dengan seseorang. Sepatutnya, aku tidak perlu bercerita mengenainya lagi. Past is past. No need to bring it up again. I'm really sorry for what I've done. I really do. I know, it doesn't matter anymore for him. Aku rasa macam memalukan diri sendiri bila cerita benda yang dah lepas kat public. And, that is my personal opinion. Don't bother at all. 

You, I want the best for you. I think you already found it. I'm really happy for you.

Now, I feel so relief because I think I've done the right thing that I should do for the past 2 years. You know what? I delete it without read the entries first. Hmm. Even it was hard, but I had to do it.

That's all for now. Not really much to talk about.

ASSALAMUALAIKUM.


------------------------------------

YF : Finally, I'm letting you go my lover.

Monday, January 2, 2012

LUAHAN YANG PERTAMA 2012

ASSALAMUALAIKUM

Apa khabar semua? Maaf sangat-sangat sebab baru sekarang nak menampakkan batang hidung yang tak berapa nak mancung ni. Heheheh. Yeah. Yeah. Yeah. Aku tahu, blog ni tak adalah ramai sangat pun nak usha, kan? Mungkin tak ada yang usha pun. Tapi, tak apalah. Mengerti kok? :)

Banyak sangat nak cerita! Tak terkira sebenarnya! Hahaha! Ye lah. Berapa bulan punya cerita aku kena simpulkan dan ringkaskan ni? Hurm. I don't know where to start or to begin with. Suddenly, I'm blurred or something. Hahaha. Blur nak menaip. Tapi masih tersimpan kemas dalam otak aku. Setiap butirnya aku masih ingat. Takkan hilang punyalah. Melainkan kepala aku dihentak dengan objek keras mahupun tumpul, jadi kebarangkalian untuk hilang ingatan itu tersangatlah tinggi. 

Tak ada pun nak diluahkan dalam entri kali ni sebenarnya. Sorry. Tak sengaja nak mengenakan. Next entri, aku cerita ya? Bukan gossip okay? Kalau nak gossip, pergi usha blog beautiful nara ke, Oh! Bulan ke, kan. 

Walaupun aku tak sambut new year, tapi angka itu baru sahaja bertambah. Jadi, all the bestlah pada yang baru nak mulakan pengajian, kerjaya atau apa punlah. Moga diberkati olehNya. INSYAALLAH.

Okaylah! Lebih ni kot! Jumpa lagi!
ASSALAMUALAIKUM


-----------------------------------------------------

YF : I believed you. I trusted you.
Now, I'm wrong about that.

WORDLESS MORNING #62


YF : If you love someone, you should never lie to them.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...