Monday, November 19, 2012

LELAKI

ASSALAMUALAIKUM

Dah lama aku tak bercakap pasal lelaki kan dalam blog ni. Sebenarnya, sejak peristiwa yang tak dapat nak diceritakan dalam blog ini, aku ambil keputusan tak nak cerita pasal lelaki dah. Bukan apa, dah malas nak bercerita mengenainya sebab takut bila baca balik, jadi sedih dan sakit hati.

Tapi ya, semahu mana pun aku ingin mengelak dari insan yang bernama lelaki ini, selagi itulah Allah tetap akan utuskan aku untuk mengenali mereka walaupun dengan sebagai seorang teman rapat. Tidak perlu aku sebutkan namanya. Cukuplah aku nyatakan dia seorang yang sabar dengan aku. Cukup sabar. Entah dari mana dia dapat kesabaran tu, aku pun tak tahu. 

Tidak mengharapkan yang lebih dari itu tapi jika itu suratanNya, aku terima. Jika bukan pun, tidak aku merintih. In Shaa Allah. Dia lebih tahu mengenai diri aku. Segala fasa telah aku tempuhi. Kini aku merasakan yang aku sudah ditahap tidak kisah atau tidak memerlukan lelaki sebagai peniup semangat. Cukuplah dengan adanya keluarga dan teman-teman rapat.

Walau apa pun, terima kasih kepada 'dia'. Tak tahulah kan sampai bila 'dia' ni boleh bersabar dengan aku. Tengok je lah nanti. Sampai masa, tahulah kaki itu akan melangkah juga. :)

ASSALAMUALAIKUM


-----------------------------

YF : 10 years later, In Shaa Allah.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...