Monday, November 19, 2012

LELAKI

ASSALAMUALAIKUM

Dah lama aku tak bercakap pasal lelaki kan dalam blog ni. Sebenarnya, sejak peristiwa yang tak dapat nak diceritakan dalam blog ini, aku ambil keputusan tak nak cerita pasal lelaki dah. Bukan apa, dah malas nak bercerita mengenainya sebab takut bila baca balik, jadi sedih dan sakit hati.

Tapi ya, semahu mana pun aku ingin mengelak dari insan yang bernama lelaki ini, selagi itulah Allah tetap akan utuskan aku untuk mengenali mereka walaupun dengan sebagai seorang teman rapat. Tidak perlu aku sebutkan namanya. Cukuplah aku nyatakan dia seorang yang sabar dengan aku. Cukup sabar. Entah dari mana dia dapat kesabaran tu, aku pun tak tahu. 

Tidak mengharapkan yang lebih dari itu tapi jika itu suratanNya, aku terima. Jika bukan pun, tidak aku merintih. In Shaa Allah. Dia lebih tahu mengenai diri aku. Segala fasa telah aku tempuhi. Kini aku merasakan yang aku sudah ditahap tidak kisah atau tidak memerlukan lelaki sebagai peniup semangat. Cukuplah dengan adanya keluarga dan teman-teman rapat.

Walau apa pun, terima kasih kepada 'dia'. Tak tahulah kan sampai bila 'dia' ni boleh bersabar dengan aku. Tengok je lah nanti. Sampai masa, tahulah kaki itu akan melangkah juga. :)

ASSALAMUALAIKUM


-----------------------------

YF : 10 years later, In Shaa Allah.




ISLAMIC PERFORMANCE NIGHT 2012 || LIGHT OF LIFE

ASSALAMUALAIKUM

Baru saja pulang dari menyaksikan Islamic Performance Night 2012 di Main Hall CAC, IIUM. Dengan tiket berharga RM10, terlebih berbaloi dengan persembahan yang diberikan. Tahniah kepada Nasyid Club IIUM dan kepada yang lain dalam menjayakan program ini.

Sempat juga menangkap aksi-aksi para penasyid dan juga pendeklamasi sajak. Gambar besar jadi combine jadi satu. Heeee. Bijak tak saya? hahahaa! XD

Tapikan... Saya terjatuh hati kat salah satu ahli dari kumpulan UNIC tu. Bersih je muka dia. Duduk tengah-tengah dalam gambar. Kalau kenal, carilah. Tapi sayangnya, dah berkahwin. *melepas!* -___-"



Apa dia? Gambar saya tak ada? Sebabnya. . . Jeng Jeng Jeng! Rahsia. Ada gambarnya. Bukan YF lah kalau tak ada gambar sendiri kan? Kikiki! Tapi tak dapat nak dikongsikan bersama anda semua. Maaf ya? *acah-acah macam retis kau YF* XD

Dalam banyak-banyak lagu yang dinyanyikan, tertarik dengan lagu Patah Hati dari kumpulan Saujana. Peh! Masyuk betul dipendengaran telinga saya ni. Tapi bukan lagu baru pun. Lagu tahun 2009 kot. Lamanya. Tak up-to-date sungguhlah kamu ni YF. Okay, okay! Saya berikan lirik dia ya? Kejap. :)

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG

LAGU: HAFIZ HAMIDUN
LIRIK: FEDTRI YAHYA



Best! Percayalah! :D 

Tu je nak kongsi. Heeee. See you all on the other post yeah? :)

ASSALAMUALAIKUM

-----------------------------



YF : Kau tidak seperti dulu yang aku kenal


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...