Wednesday, July 31, 2013

DUIT RAYA || SUASANA RAYA KIAN TERASA

Assalamualaikum!

Saja nak bagitahu saya dapat duit raya yang pertama hari ini! Yeyyyyyy!

Walaupun cuma RM1, tapi tetap menghargainya memandangkan umur diri yang semakin bertambah ini. Lolz.

Semakin terasa suasana raya ya? Lagi seminggu saja lagi. Semakin terasa bila berjaya melepasi final exam untuk tilawah tadi. Muehehehe.

Korang dah beli makanan untuk berbuka? Lauk apa? Air apa? Eh. Banyak tanya pula kan. XD

Saya dah dah beli. Saya beli nasi kukus. Lauk ayam goreng. Peha lagi you all. Jangan jealous. XD

Selamat berbuka ya pada anda-anda semua. ^^,)

Wassalam.

      ---------------------------------------------

                       YF : Nicholas Louis (Karmin)

Published with Blogger-droid v2.0.10

BLOGGER DROID || APPS UNTUK BLOGGER

Assalamualaikum!

Waaaaa! Tak sangka ada apps yang semudah ini untuk update blog. Muehehehe.

Thanks to Bro Ben sebab dah lama tak usha blog dia, tengok post terbaru dia, nampak "PUBLISH WITH BLOGGER-DROID V2.0.10".

Semakin canggih, semakin malas. Aku je yang malas. Bukan orang lain okay. Tak pasal-pasal kena bash pula nanti.

Erm. Nak study sebab esok ada final exam for tilawah. Kena hafal tajwid. Adeh.

Doakan aku ya? Amin. Eh.

Wassalam.

               -----------------------------------------

                           YF : SZAFKY

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, July 30, 2013

SETELAH SEKIAN LAMA MENYEPI || KINI KEMBALI

Assalamualaikum semua.

Ya Allah! Rindunya aku pada blog kesayangan. :')

Alhamdulillah. Masih sempat untuk menatap semua ini. Apa khabar para blogger sekalian? Mesti dah tak kenal aku siapa kan? *konon pemes*

Aku? Masih sama seperti dulu. Tak ada pula berubah jadi macam Siti Nurhaliza. Okay. Over. Masih lagi menuntut. Masih lagi belajar. Masih lagi tanggungjawab kepada kedua ibu dan ayah aku. Masih lagi tidak berpunya. Tetttttt.

Nak cakap banyak pun tak gunakan. Dah berbuku sejarah aku telah cipta sampai tak ingat apa dia. Nampak sangat hidup aku ni boring. Lolz

Yeah. Nothing special at all. Yang specialnya ramai kawan aku nak kahwin, dah kahwin, dah ada anak. Cucu je belum ada lagi. Ibu aku ya dah ada cucu. 4 you all. Alhamdulillah lagi. :')

Ibu dan ayah aku masih lagi kuat. Masih lagi gagah perkasa. Masih lagi masakkan untuk anak-anak dia. Masih lagi bagi duit belanja kat anak-anak dia. Alhamdulillah lagi. :')

Adik-adik dah sambung belajar. Sorang kat KUIS. Sorang kat MSU. Nasihat aku satu je kat diorang. Mana-mana pun sama. Yang bezanya niat dan usaha. Kan?


Untuk pengetahuan umum, aku cuba untuk berjinak-jinak dalam dunia butik online. Belum lagi sehebat butik online sedia ada tapi aku cuba belajar. Nak senang mana boleh dalam sehari kan? It takes time. Waaaa. Omputih you all.

Jadi kepada sesiapa yang menjengah post aku ni, silalah LIKE official page SZAFKY dan FOLLOW blog SZAFKY . Kerjasama anda amatlah dihargai. Sekian.

Eh. Belum habis lagi! Dikesempatan ini, aku nak ucap selamat berpuasa. Bulan Ramadhan masih belum sampai ke penghujungnya, jadi sempatlah lagi aku nak ucapkan selamat ya? Moga apa yang kalian cari jumpa dengan izinNya. InsyaAllah. :')

Okay. Yang ni baru betul nak mengundurkan diri. Sekian....

Wassalam.

-----------------------------------------------

YF : Acapella.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...