Monday, August 5, 2013

PENANGAN POPIA SIMPUL DAN POPIA NESTUM

Assalamualaikum.

Di kala aku menaip ini, aku sedang membuat popia simpul. Peh. Order orang tak siap-siap lagi. Bersengkang mata lah jawabnya.

Badan pun dah sakit-sakit. Mana taknya, duduk saja 3-4 jam menyimpul popia. Hahahaha. Kalah beronline rasanya.

Eh, korang semua dah beli baju raya? Saya belum lagilah. Tapi baju raya Ipan dah beli. Heeee. Penat juga rupanya ya cari baju raya dan kasut raya budak kecil ni.

PKNS tadi tersangatlah ramainya. Dengan bazaarnya , dengan boothsnya, macam kat jalan TAR dah rasanya. Over tak perumpamaan aku? XD

Takpelah. Setahun sekali saja kan. Mood nak raya dah semakin terasa. Fuh. Kejap je rasanya. Huuuuu. Will miss you Ramadhan :')

Okaylah.  Nak sambung menyimpul. Heeee. Selamat bersahur semua. ^^,)/

Wassalam.

---------------------------------------

YF : The Conjuring

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...