Tuesday, July 30, 2013

SETELAH SEKIAN LAMA MENYEPI || KINI KEMBALI

Assalamualaikum semua.

Ya Allah! Rindunya aku pada blog kesayangan. :')

Alhamdulillah. Masih sempat untuk menatap semua ini. Apa khabar para blogger sekalian? Mesti dah tak kenal aku siapa kan? *konon pemes*

Aku? Masih sama seperti dulu. Tak ada pula berubah jadi macam Siti Nurhaliza. Okay. Over. Masih lagi menuntut. Masih lagi belajar. Masih lagi tanggungjawab kepada kedua ibu dan ayah aku. Masih lagi tidak berpunya. Tetttttt.

Nak cakap banyak pun tak gunakan. Dah berbuku sejarah aku telah cipta sampai tak ingat apa dia. Nampak sangat hidup aku ni boring. Lolz

Yeah. Nothing special at all. Yang specialnya ramai kawan aku nak kahwin, dah kahwin, dah ada anak. Cucu je belum ada lagi. Ibu aku ya dah ada cucu. 4 you all. Alhamdulillah lagi. :')

Ibu dan ayah aku masih lagi kuat. Masih lagi gagah perkasa. Masih lagi masakkan untuk anak-anak dia. Masih lagi bagi duit belanja kat anak-anak dia. Alhamdulillah lagi. :')

Adik-adik dah sambung belajar. Sorang kat KUIS. Sorang kat MSU. Nasihat aku satu je kat diorang. Mana-mana pun sama. Yang bezanya niat dan usaha. Kan?


Untuk pengetahuan umum, aku cuba untuk berjinak-jinak dalam dunia butik online. Belum lagi sehebat butik online sedia ada tapi aku cuba belajar. Nak senang mana boleh dalam sehari kan? It takes time. Waaaa. Omputih you all.

Jadi kepada sesiapa yang menjengah post aku ni, silalah LIKE official page SZAFKY dan FOLLOW blog SZAFKY . Kerjasama anda amatlah dihargai. Sekian.

Eh. Belum habis lagi! Dikesempatan ini, aku nak ucap selamat berpuasa. Bulan Ramadhan masih belum sampai ke penghujungnya, jadi sempatlah lagi aku nak ucapkan selamat ya? Moga apa yang kalian cari jumpa dengan izinNya. InsyaAllah. :')

Okay. Yang ni baru betul nak mengundurkan diri. Sekian....

Wassalam.

-----------------------------------------------

YF : Acapella.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...