Monday, August 12, 2013

SELANGOR - KELANTAN - PAHANG - SELANGOR || BARAT - TIMUR - BARAT

Assalamualaikum.

Penat Ya Rabbi! Penat sungguh badan meredah perjalanan yang jauh ke Kelantan. Patah balik ke Selangor menambahkan lagi penat badan. Pinggang saya pun dah sakit-sakit sebab duduk terlalu lama.

"Dah tahu jauh, kenapa nak pergi Kelantan tu?" Oh! Sepupu saya kahwin dengan orang sana. Diorang buat majlis belah lelaki pula. Tu yang  datang ke Bachok, Kelantan. ^^,)

Lepas pergi ke majlis tersebut, saya pergi beraya rumah jiran belakang rumah saya pula di kawasan Bachok juga. Layanannya, MasyaAllah! Kelas gitu. Tuan rumah sangatlah peramah. Bawa saya dan keluarga pergi jalan-jalan ke Pekan Che Yah lagi. Shopping! Mula-mula nak pergi Rantau Panjang, tapi sayang, jalam menghala ke sana terlalu sesak untuk dilalui hasil maklumat dari penduduk setempat. Jadi terpaksalah batalkan niat.  Tak apa. Lain kalin boleh pergi, kalau ada rezeki dan kesempatan, InsyaAllah.

Keesokan harinya, bergeraklah saya dan keluarga menghala ke Kuala Lipis, Pahang. Check-in kat Lipis Plaza Hotel untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan. Lupa pula nak snap gambar bilik hotel. Ahakx!

Hari ni, selamatlah pulang ke rumah. Alhamdulillah. Ayah saya bawa kereta bapaklah laju. Sedar-sedar dah sampai Awan Besar. Tak sedar sebab ketiduran. Lolz.

Itulah hari raya saya. Bagaimana pula hari raya anda-anda semua? :)

Wassalam.

--------------------------------------------

YF : Tak nak ambil exam! T.T

Published with Blogger-droid v2.0.10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...