Saturday, October 4, 2014

BALIK KAMPUNG LAGI!

Akhirnya, pulang juga ke pangkuan keluarga. (padahal baru tak balik seminggu) T.T

Kampung lah sangat kan. Padahal rumah kat tengah bando. hahahah! XD

Balik rumah sempena cuti semester selama seminggu dan dalam pada masa yang sama, sebab menyambut Hari Raya Haji pada hari Ahad ni. Fuh!

Rindu rumah bukan kepalang. Inilah natijahnya jika universiti berdekatan dengan rumah. Haih. Kalau jauh, bolehlah consider lagi, sebab jauh kan. Memang susah nak balik rumah. Huuuu.

Yang paling rindu selain keluarga sendiri ialah Aniff Irfan. Inilah budaknya yang dah berjaya mencuri hati ini untuk ke-150 juta kalinya. I love you sayang. :*


Nak anak sendiri, memang berjanggutlah kan. Menumpang kasih kat anak orang. Haihlah adik. Kenapalah comel sangat ni? Hari ni mood dia sangat baik. Siap manja-manja dan puji-puji lagi kakak dia ni.

" Kak yun... " dengan nada manja.
" Kak yun ni comel lah." dengan nada manja.

Perghhhhhh. Macam mana tak sayang kan? T.T

Biasanya, mood dia memang tak boleh expect macam mana. Kadang-kadang tu, moody kemain! Semua tak kawan katanya. Huh! Tapi kalau dia pujuk kita, pijak semut pun tak mati. Tau! Itulah dia Aniff Irfan. Adik kesayangan. (anak jiran belakang rumah. hahahaha!)

Korang masak apa untuk raya ni? Beli baju raya ke? Ahaks! Kalau tanya dengan YF ni, memang tak pandai masak. Baju? pakai je lah apa yang ada. Uhuks! 

WASSALAM

---------------------------------------

YF: Assignments berlambaks





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...