Tuesday, April 14, 2015

SHORT TRIP TO SINGAPORE

Assalamualaikum.

Fuh. Dah terlalu lama tak update blog. Hahaha. Bila malas semakin bermaharajalela, beginilah jadinya.

Aku ada bagitahu tak aku minat pergi travel? Tak ek? Okay. Nak bagitahu aku suka travel. Kbai. Ahakx. XD

Last week, weekend tu aku pergi Singapura. Short trip saja. Tak sempat nak jelajah semua tempat sebab kekangan masa. But still, it was a great trip though. :')

Aku pergi Singapura sekadar suka2 saja. Ikut class trip roommate aku. Kami memang plan nak pergi holiday kat Melaka this semester tapi kebetulan, roommate aku ada class trip ke Singapura sebab nak tengok teater and jalan2 sikit kat sana. Aku pun apa lagi. Tekadkan hati nak pergi juga! Tak kira! Nak pergi juga! Hati dah meronta2 nak keluar dari sini (Uni dan Malaysia) sebab memang tak tahanlah rasanya. Konon2 bawa diri. Tapi sehari je lah. Hahahaha. Kalaulah korang faham apa perasaan aku masa tu. Uhukx!

Nak jadikan cerita. Passport aku tertinggal kat bilik beberapa jam sebelum masa berangkat. Masa tu aku dah kat KL Sentral. Waaaaaaa! Banyak2 benda, itu yang aku lupa! Aku terpaksa balik ke Gombak semula. Perut lapar. Minta nasi. Jadi macam tu pula. Memang tragedi binti oktober betul. Rasa nak menyumpah seranah semua ada.

Dengan bantuan kawan2 aku tolong call roomate yang tinggal kat bilik. Roomate pun gigih cari kawan yang ada motor ke apa. Lastly, ada juga kawan dia yang ada transport. Itu pun motor. Bersyukur gila! Bila nak pergi Gombak tu kan. Kena beli token kan. Aku tak ada duit kecil plak masa tu. Dahlah beratur panjang. Ada lagi 2 3 orang kat depan. Aku pun tak tahu nak buat apa. Patut ke tak keluar dari barisan tu then beratur semula lepas tukar duit kat kaunter? Oh tidak! Aku try tanya kakak kat belakang aku, ada duit tukar tak. Dia kata tak ada. Aku tanya Chinese girl depan aku. Terus dia cek duit kecil dalam purse dia. Tapi sayang. Tak cukup RM10. Dia ada RM8 saja. Aku dah hampa gila masa tu. Then tetiba dia pusing belakang, tanya:

She : How much do you need?
Me : RM2.30
She : Do you have 30cents?
Me : Yes2.

Rupanya dia nak bagi RM2 kat aku. Terharu gila masa ni. Tapi aku cakap aku perlukan RM1 je untuk cukupkan duit aku. Memang kira halal macam tu je lah. Thank you miss. You just save my day. T.T

Sampai kat Gombak, roomate aku pun sampai juga kat LRT Gombak tu. Ni pun sama. Save my day juga. Thank you. May Allah bless orang yang tolong aku malam tu.

Kami menaiki KTM Berhad sebagai pilihan transport untuk ke Woodlands, Singapura. Kami pilih seat untuk Superior Class, RM34-RM36 sahaja kalau tak silap. Dah beli tiket pergi balik siap2. Nak pilih yang ada bed tapi dah penuh. Kalau nak juga, kena datang 2 jam awal dari masa berangkat then kena pergi kaunter if nak bed juga. If ada rezeki, Bed atas, RM40, bed bawah RM46. Hah. If nak bed, hanya waktu malam saja ya. Untuk perjalanan ke Singapura, ada 3 waktu sahaja. 8pagi. 2petang. 11malam. Kami pilih 11malam sebab takut2, Jumaat siang tu kami ada hal macam kelas ganti. Kami pilih untuk cuba saving mana yang patut and pilih transportation yang murah and selesa. Janji selamat sampai. Kan?  :)

Sampai Singapura, excitednya Allah saja yang tahu. Ya. Singapura tu kecik je. Macam boleh pergi hujung ke hujung dalam satu hari. Hahaha. Kat sana ada MRT. Macam LRT kita juga lah kan. Tapi MRT dia besar lagi dari LRT kita kat Malaysia ni. Dalam MRT tu, siap ada announcement macam ni, "Please report if you see suspicious person.." sort of like that lah. Gila scary dia punya announcement. Ni dah boleh masuk "Fear of Crime". XD

Diorang punya nama tempat pun menarik juga. Contoh Bras Basah. Kalau kita, Beras Basah kan. Banyak words diorang guna macam lari2 sikit dari Bahasa Melayu kita. Interesting kan? Contoh lain, macam Sembawang, Bugis, Fajar, Bangkit dan banyak lagi nama lain. Ada nama jalan tu Jalan Kubor. Aduhhh. Memang terbaik lah diorang bagi nama. Orang pun pelik je tengok kami comment about those names. Hahahaha. And yeah. You will see lots of Chinese people or Peranakan. Diorang prefer Peranakan term sebab diorang tak berapa suka dikaitkan dengan Chinese dari China tu. :D

Kami pun ada masuk muzium Peranakan dan dapat free tour from this Miss selama 1 jam. Tak ingat nama dia. Sambil2 dengar dia punya penerangan, aku pun sempatlah snap gambar. Hahahaha! Memang cantik tempat dia. Very neat and well organized I tell you. Gituuuu. XD

Tak sempat nak pergi tempat lain sebab lepas tu kena pergi tengok teater. Tajuk teater tu "The Weight of Silk On Skin" yang dilakonkan oleh Adrian Pang. Teater ni versi monolog. So dia sorang je lah yang berlakon. hahahaha! Tapi best gila dia berlakon. Memang terasa di hati jugalah bila dah meluahkan perasaan kat  ex dia, Anna in monolog way. Good job Mr.!

Then, jalan2 tengok kapal atas bangunan, Merlion, bangunan bentuk kulit durian. Oh yeah! Singapura ni bersih jugalah. Cuma ada certain place yang tak terjaga. Biasalah tu kan. Dia punya kiosk or gerai pun comel2 je. :D

Masjid, aku jumpa satu je. Itu pun nasib baik dekat dengan Woodlands. Tempat nak naik keretapi tu. Masjid An-Nur, kat Admiralty Road. Nasib juga tandas dia ada paip air. Waaaaa. Punyalah susah nak cari tandas ada paip. Kat mall dia mostly guna tisu SAHAJA. Adalah satu dua tandas ada paip air, yang tandas cangkung tu kan. Bersyukur gila jumpa paip air. Hahahahaa. Pssss. Kat keretapi pun ada tandas hokeyh! Tapi memang badan kau bergoyanglah jawabnya masa membuang. Hahahahahaha. Jangan sampai jatuh sudah lah broo. XD

Oleh kerana trip ni amik masa sehari je. Penat dia kemain. Sebab rushing satu. Ye lah. Memang tak dan lah nak tengok satu2 tempat kat situ. So kami amik pilihan datang awal ke stesen keretapi semata nak book bed. Tak mampu nak tidur duduk selama 8jam dah. Hahahaha. Alhamdulillah, dapat juga bed. Ada bed means diorang tambah satu lagi extra koc. Fuhhhh.

Makanan tengok tempat juga lah yang halal kan. Macam fast food okay je rasanya. Lunch kami makan seafood wa cakap lu. One of the member ada saudara yang ada buka kedai makanan Thai kat sana. So, each of us just bayar 10 Dolars sahaja. And duit selebihnya banyak habis kat public transport. Wakakaka. Lebih kurang je harga kat sana macam naik bas, 1.40 Dolar. Kat sini RM1.00 contohnya. Tapi itulah. Bila diconvertkan, bolehlah tahu harga dalam RM berapa. Kikikiki. Aku tukar duit RM200. Tukar balik kat Malaysia dapat rm105. So aku habis RM95 kat sana. 

Nah. Belanja satu gambar. Satu je. If nak tengok lebih2, boleh usha Instagram aku. :*



So, next trip, where to go? :D


--------------------------------------------------

YF : Take my hand and go somewhere secret.

2 comments:

rudi kreatif said...

Awesome

Izz Latif said...

Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@zalora.com.my jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...