Friday, May 20, 2016

BERBALOI KE TENGOK FILEM X-MEN: APOCALYPSE?

Pergh! Movie franchise X-Men, X-Men: Apocalypse dah melanda seluruh pawagam di Malaysia! Siapa belum tengok, angkat tangan? *aku! aku!* Hahahahah! Siapa yang dah tengok, jangan cuba-cuba nak bagi spoiler ek? Aku siku nanti! Dah tengok, duduk sana senyap-senyap main batu seremban! Huh! Maghoh ni, maghoh!

Apa? Belum tengok trailer lagi? what???? Alahai. Meh sini. Tengok trailer dulu ya. Haaa. Dia ada tiga trailers tau.


Haaaa! Dah tengok trailer kan? Jom tengok movie review pula by Chris Stuckmann! Dia punya review, boleh tahan juga. Boleh tahan juga maksudnya, dia tengok dari segala sudut. Dari cara pengarahan, skrip, pelakon, plot dan lain-lain lagi yang berkenaan dengan filem. Eh. Siapa plak mat salleh ni? Dia ni, boleh dikatakan movie lover and suka review atau analisis filem dari sudut kaca mata beliau. Sebenarnya, ramai je movie reviewers kat luar sana. Cuma, bezanya, preference masing-masing. Korang boleh search je kat Youtube tu dengan keywords yang sesuai contoh: X-Men Apocalypse Movie Review. Nanti, berlambak-berlambaklah list movie reviews yang dikongsikan oleh para Youtubers.

Ramai pelakon baru yang diketengahkan dalam filem ni. Tapi watak yang sedia ada terutamanya dari filem sebelumnya iaitu X-Men: Days of Future Past, mempunyai tarikannya yang tersendiri.

Watak-watak dalam X-Men: Apocalypse

Tapi! Yang paling aku tak sabar nak tengok ialah watak ni!

Quicksilver

Berbaloi ke tak untuk tengok filem ni, youalls kena tengok sendirilah! Lepas tengok trailers dan movie reviews, baru youalls tengok filem ni dengan mata kepala sendiri. Barulah rasa macam, okay, movie ni blablabla. Baru boleh komen atau kritik. Betul tak? Yeah! Tahu dah. Ihiks!

Yang dah tengok tu, cer comment sikit kat bawah, berbaloi ke idok? Best ke tak best? Haaa!

*Pictures credit to Mr. Google

---------------------------------------
YF: Coming soon

T-SHIRT KELAB BLOGGER BEN ASHAARI KENA TEGUR

Mengumpul T-shirt yang special atau khas adalah benda yang aku suka buat. Kumpul? Macam mana tu? Haaa. Banyak je cara nak dapatkan T-shirt macam tu. Antaranya, join mana-mana kelab/organisasi yang ada dalam Malaysia ni. Nanti kalau ada event atau aktiviti, mesti ada punya T-shirt khas untuk committees atau members. Lagi satu, join aktiviti sukan atau sosial. Contoh join group hiking atau masuk acara larian yang semakin famous amos sekarang ni. Tapi, of course lah kena bayar kan. *Itu pun kalau ada duit lebih* Uhuks!

Tapi sekarang ni aku nak cerita pasal satu T-shirt je pong. Panjang betul intro kau YF. Pfftttt. Okay. T-shirt tu aku beli lamaaaaaa dulu sebelum join kelab beliau baru-baru ni. Kelab apa? Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) ler. Apa lagi. :P

Masalahnya, apa kes kecoh sangat ni YF? Tak ada. Nak share cerita je. Baju KBBA kena tegur bhai! Ermm. Kuat juga penangan KBBA ni rupanya ya. Mana taknya. Sampai mak budak yang aku jaga pun tahu KBBA ni apa. Lagi-lagi, siap tahu siapa founder kelab ni. Lain tak bukan, mestilah Ben Ashaari kan. Aku macam kelu lidah kejap masa tu. :p

Kena tegur macam mana tu YF? Haaa. Cerita dia macam ni. Aku kan tolong mak aku jaga budak. Mak budak-budak ni, aku gelarkan 'Kak Ngah'. Nak dijadikan cerita. Tadi aku pakai baju KBBA. Jadi, bila Kak Ngah nak ambil anak-anak dia, dia nampak simbol KBBA kat belakang baju aku. Tetibe, disentuhnya belakang aku, sambil cakap,

"Eh yul. Yul masuk kelab Ben Ashaari ni ya?"

Aku mula-mula terkejut juga. Apahal sentuh-sentuh belakang aku ni? Zzzzz. Aku lupa, belakang baju tu ada simbol KBBAAku pun jawab dengan perasaan yang berbunga-bunga,


"Haah kak. Kak Ngah tahu ke kelab ni?"
"Tahu. Kak Ngah siap follow lagi blog Ben Ashaari tu."

Aku tersenyum bahagia kejap. Hahaha! Over kan. Macam dia follow blog aku je nak rasa bahagia bagai. Padahal. ><

Bahagian depan

Bahagian belakang

Sanggup tukar baju nak tangkap gambar tau. Gigih kan? ><

Jadi, next target aku, nak beli baju KBBA yang latest! Sebab nak beli long sleeves plak! Waaaa. Alkisahnya, masa aku beli baju KBBA kat atas ni, aku dah order lengan panjang punya. Tapi, orang yang handle urusan jual beli masa tu, tersalah hantar yang lengan pendek. Aku hampa jugalah. Apakan daya. Aku redhooo je dengan yang lengan pendek ni. Hahahaha. T.T



--------------------------------------------
YF: Million of Years

Tuesday, May 17, 2016

CRAVING FOR IT

For this entry, I would like to publish it in English. Can I? Of course, I can. Hahahaha! But first of all, please pardon my English. I can guarantee that you will find so many grammatical errors. So, bear with me till the end of this entry will ya? And yeah, I hope you guys can understand what I'm trying to say, or explain, or whateverlah. :p

On my last 3 entries, I told you guys that I went to Nuang Mountain. So, I'm so eager to go there, again. Then, I planned to go to Nuang for the next trip which was last Sunday. Unfortunately, with my 'health' condition, I couldn't go there. So sad of me, aye?

And as for today (Monday), so many posts (with pictures) from hikers in Hiking & Camping Around Malaysia (HACAM) group on Facebook, shared their achievement on that group, how happy they were because they succeeded to reach the peak, or at least they went to hike even couldn't reach the peak.

I was like


"OMG! I'm so jealous!"


Hahahahaha! That's over YF. Totally. But it's okay. If I stick with the plan, all I can give to my hiker friends was 'nightmare' because of my condition. So, thanks but no thanks. I would rather stay at home and face the consequences, alone. T.T

For Muslim, Ramadhan is just around the corner. For sure, the hikers would like to go hiking before they have to fast on Ramadhan. I don't say that in Ramadhan we can't go hiking, but all that kind of activities will be less than usual, to pay more attention and do more ibadah in that month.

By the end of this month, I have another plan for hiking. I'm CRAVING FOR IT! Seriously I AM! I'm not craving for food, but for hiking. To smell the wind in the forest, to taste the water from the river, to gather with the hikers. Can you feel my craving? Please say yes! Oh! No? Okay.


Whatever it is, I pray that my plan for next trip will be fulfilled, insyaAllah. At least, before Ramadhan, I have to hike. I have to. I have to. Enough YF. That's enough.

*Pictures/memes credit to Mr. Google

---------------------------------------
YF: Hello Perak!


Friday, May 13, 2016

DAH HABIS, RASA NAK TAMBAH LAGI

Malam kelmarin, abang aku ajak pergi satu warung ni. Hish! Aku tak tahulah nak panggil warung ke, gerai ke, kedai ke. Confuse hakak! Aku panggil warung je lah ya? Nama warung tu, D'Selera Big Bundle. Haaaa! Apa lagi, lepas ambil adik aku kerja kat USJ1, teruslah zazzzz ke warung berkenaan. Orang nak belanja, jangan ditolak ye tak? Rezeki, rezeki!

Tapi kan, kenapa warung tu ada nama 'bundle' plak? Sebabnya, warung tu sekali dengan kedai bundle laaa! Kihkihkih! Itu pun tak tahu ke? Jangan cakap hakak tak bagitau plak! Sekeh sat gi. Siapa peminat bundle dan kelaparan, bolehlah singgah warung ni. Tak rugi oi!

Kawasan hadapan warung D'Selera Big Bundle

Kedai Bundle

Kenapa plak tak rugi? Sedap sangat ke Nasi Lemak Ayam Berempah dia tu? Hurm. Bab makanan ni, aku agak skeptical sikit tentang kesedapannya. Hahahaha. Tapi yang ni. Erm. Makan tak tengok kiri kanan depan belakang dah. Pekena plak dengan Teh Ais. Fuh! Tengok-tengok, nasi dah habis! Waaaaaaa! Aku tak tahulah aku ni yang over atau Nasi Lemak Ayam Berempah tu memang sedap! Ke sebab orang yang belanja ni YF? Kihkihkih!

Wajah sebenar Nasi Lemak Ayam Berempah D'Selera Big Bundle

Kalau nak guna waze or Google Map, boleh try guna nama warung tu sendiri. So, kalau tak dapat guna nama warung tu, boleh guna nama kedai makan yang berhampiran iaitu MyTomYam Putra Heights dan Aman Corner. InsyaAllah sampailah korang ke destinasi pilihan hati. Kalau nak alamat, ada kat bawah ni hah:

Jalan Kempas, Kg. Tengah A
Batu 13, Puchong

Menu selain Nasi Lemak Ayam Berempah dan waktu operasi

Duh! Punyalah membebel dari tadi. Hahahaha! Lupa nak bagitau harga Nasi Lemak Ayam Berempah ni berapa. Harganya cuma RM5.00 saja. Aku rasa, mana-mana kedai, jual harga macam ni, tak pun RM6.00. Aku rasalah. Maaf kalau silap! T.T

Dah rasa sedap, pergi banyak kali pun takpe kan? Ihiks!

---------------------------------------
YF: Warung ni ada karaoke, kbai!

Tuesday, May 10, 2016

PERUBAHAN ITU SATU KEMESTIAN

Kita harus berubah kepada yang lebih baik! Betul tak? Takkan nak ditakuk yang lama je kan? Kena berubah untuk kemajuan diri sendiri. Kan? Kan? Kan?

Haa! Entri sebelum ni, Ada Apa Dengan Yulia Fajrin? sangatlah berhubung rapat dengan entri kali ini. Setelah bertanya pada yang arif lagi bijaksana, dengan ini, dengan rasminya, aku akan menukar nama blog aku daripada kisahtaksempurnadariku kepada yuliafajrin. Weeeee!

Dengan penukaran nama blog aku, doakan aku agar aku boleh menggantikan domain dari blogspot.my kepada .com di masa hadapan kelak. Moga aku istiqamah dalam dunia blog. Pergh! Macam ucapan YB plak ya? Hahaha!

Tapi yang paling penting, kena improve dari segi penulisan dan rasa. Aku harap lepas ni, aku mampu menggegarkan jiwa di luar sana dengan penulisan aku. Hahahahha! Overlah kau YF. Ingat novel ke apa? Dush!

Okay! Penukaran nama blog bermula dari sekarang!

----------------------------------------------
YF: 3 2 1!


ADA APA DENGAN YULIA FAJRIN?

Ehem! Demam ADA APA DENGAN CINTA 2 tak habis lagi ke YF? Hahaha! Ampun ya!

Aku sebenarnya sedang berkira-kira nak tukar nama blog ni; dari kisahtaksempurnadariku kepada yuliafajrin aka YF. Nama aku sendiri. 

Bukan apa. Terasa macam kisahtaksempurnadariku ni sedih je bila membacanya. Teringat balik zaman-zaman kejatuhan aku. Eceh. Bukan. Zaman sedih-sedih, putus cinta bagai tu. Uhuks! Geli plak anak tekak aku ni. See. Nampak tak aku dah matang? Yey! YF dah matang! *tipu-tipu* ><

Teringat dulu-dulu, masa tu meroyan kat blog, twitter, facebook. Pergh! Memalukan! Tapi nak buat macam mana, benda-benda macam ni lah mematangkan aku. Bukan matang apa pun sebenarnya. Aku dah move on. Malas nak fikir benda-benda yang menyedihkan. Sedih lagi tengok CGPA aku. Hahahahahahaahhaha! *tak lawak hokeyhhh*

Aku tetap aku. Sensitif. Mudah tersentuh. Eh. Promote diri sendiri nampak? Kah! Nak ambil nafas baru gitu. Mungkin aku lebih selesa guna nama aku sendiri sebagai nama baru blog aku. 

Korang rasa?

--------------------------------------------------------
YF : Leave him for me

Monday, May 9, 2016

RINDU PADA TAMAN ILMU DAN BUDI || UIA

Assalamualaikum

Gambar dari Areef Abubaka

Terlihat gambar ini di home Facebook aku. Walaupun baru beberapa bulan meninggalkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) secara rasmi, tapi hati sudah mula jatuh rindu. Rindu dengan suasananya. Penghuninya. Pensyarahnya. Apatah lagi dengan rakan-rakan seperjuangan.

Impian kecil untuk melanjutkan pelajaran ke universiti ini akhirnya terlaksana juga. Syukur alhamdulillah. Walaupun tidak secemerlang rakan-rakan lain, aku tetap bersyukur. Berjaya melepasi pahit getir sepanjang menimba ilmu di sini. Hanya yang rapat saja tahu, betapa peritnya seorang Yulia Fajrin, untuk menghadapi UIA. Hmm.

InsyaAllah, akhir tahun ini, aku akan berkonvo. Moga kita dapat bertemu lagi. Dapat menghirup udara di sana. Dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan yang telah berpisah. Dapat berjumpa semula dengan para pensyarah yang berkaliber. Moga-moga, umur aku masih panjang.

Wassalam.

-----------------------------------------------------

YF : Masih dipinggiran




SIAPA SYAFIQ RIDHWAN?

Assalamualaikum


Siapa Syafiq Ridhwan? Entah. Aku tak kenal. Aku pun lupa macam mana aku boleh jadi friend dia dalam Facebook.

Bila aku terbaca satu status dia, aku terpanggil untuk buat satu entri tentang dia. Apa status dia tu sampai aku nak buat entri khas bagai? Okay. Jom baca!

Saya menunggu di perkarangan rumah saya tadi. Melihat ke arah jam sudah hampir pukul 6 petang. Di taman, kelihatan budak budak sedang bermain bola dengan riangnya. Saya baru dapat call dari seorang kawan. Dia ajak jumpa, katanya dah lama tak jumpa. Alang - alang tempat kerja dia dekat dengan rumah, balik kerja, dia teringin nak jumpa saya untuk borak - borak.

Sedang mengelamun, dari kejauhan saya nampak seorang lelaki bertubuh kecil berlari lari menuju ke arah saya.

"Bro, sorry lambat, boss aku tahan tadi" sambil tersenyum.

Saya tersenyum.

"Takpe bro, faham, orang kerja kuat nak cari duit kahwin ni."

Dia tergelak. "Jangan perli aku bro"

Saya senyum. Mata masih memandang ke arah taman. Seronok betul zaman kanak - kanak. Tak perlu susah susah fikirkan masa depan yang belum tentu.

"Okeh bro, apa masalah kau sebenarnya. Beriya betul nak jumpa hari ni juga" tanya saya.

"Entah" jawab kawan saya pendek.

Saya terdiam. Saya perasan riak muka dia berubah tiba - tiba.

"Rasa macam putus asa" sambung dia lagi.

"Kenapa?"

"Tak tahu"

Saya menarik nafas perlahan.

"Tuhan tengah ajar kau bro" suara saya perlahan.

"Ajar apa"

"Ajar tentang erti redha dan ikhlas"

"Tentang jangan putus asa bila tuhan beri ujian bertalu - talu. Tentang usah dipanjangkan kekecewaan terlalu lama" sambung saya perlahan.

Air mata dia menitis.

"Aku tak kuat bro"

"Semua orang tak kuat bro" balas saya semula.

"Tapi kau kena ingat. Kita kena refer pada Nabi. Macam mana Nabi pertaruhkan nyawa dan jiwa untuk sampaikan agama pada kita hari ini. Macam mana perit jerihnya para sahabat terdahulu perjuangkan agama untuk kita nikmati hari ini"

"Tuhan tu, kalau dia sayang kita, Dia akan bagi kita rasa berdosa. Biar kita tahu, bila kita diuji begini, kita cuma ada Dia untuk ampunkan dosa kita dan serahkan diri kita"

Kawan saya tunduk. Tangannya mengesat air mata.

"Bro. Kalau kau rasa down lagi, cepat cepat buka Quran. Buka je mana mana muka surat. Nanti adalah Allah tunjukkan jalan keluar"

"Ujian ini untuk kau, bila kau bagitahu aku, automatik jadi milik aku, dan bila aku bagitahu orang, ia akan jadi ibrah untuk mereka"

"Kita semua sama bro, di sisi tuhan, so usahlah sedih sangat"

Saya lihat dia kembali tenang.

"Terima kasih bro." suara kawan saya kedengaran perlahan.

"Sama - sama" saya tersenyum.

Tak tahulah. Mungkin tuhan tu memang nak saya rawat banyak hati hati yang dah kecewa. Kadang kadang rasa bersalah dengan mereka yang minta bantuan, sebab saya rasa saya bukanlah orang yang paling layak untuk berbicara tentang kecewa. Ramai lagi orang yang pernah mengalami kecewaan paling dalam. Apa pun, semoga kekecewaan ini tak menjadikan kita putus asa. Lihat ke langit, lapangkan dada, tuhan sentiasa ada bersama kita. Selalu.

Hmm. Aku tak tahulah korang. Tapi bila aku baca status ni, aku jadi sentap. Memang sentaplah. Semua orang tak kuat. Tapi, akhirnya berjaya melepasi setiap dugaan yang diberi. Ya. Dengan izin dan tawakkal denganNya. Saban kali, kita mengeluh.

"Susahnya dugaan aku."

Allah. Betapa mudahnya untuk rasa down dengan ketentuan dariNya. Tapi dengan cara itu saja yang dapat membentuk hati kita supaya lebih kuat. Kuat dengan kebesaran Dia. Kuat dengan pemberian Dia.

Cara dia berdakwah melalui tulisan, tidak memaksa atau pun sinis. Cuma teguran dan nasihat yang dilontarkan melalui kisah-kisah rakan atau orang sekeliling. Aku kagum dengan dia. Dengan penulisan dia. Bersahaja, tapi terasa di hati.

Cuma satu nak pesan dengan brother ni, teruskanlah menulis. Moga ada jiwa yang cair dengan kasih sayang Allah selepas membaca status anda di Facebook.

Wassalam

--------------------------------------------------------

YF : Kaku hati. Kelu lidah.

Sunday, May 8, 2016

SSPN-i PLUS || SKIM TERMURAH DARI PTPTN!

Assalamualaikum


Alhamdulillah. Buat pertama kalinya selepas memberanikan diri join #kelabbloggerbenashaari, aku dapat peluang pergi event. 
Excited gila kot! Jumpa bloggers yang hebat-hebat seperti Mama Kembar Tiga dan Shiqeen Sattar. Sempat jugalah berkenalan serba sedikit dengan sebahagian dari mereka sebab kekangan masa macam Yuyin Azman. Ada yang sempat aku salam dan bertentangan mata je. Lagipun, aku kan penyegan orangnya. Kbai!

Ish! Melalut plak! Okay! Event yang aku pergi Jumaat lepas, dianjurkan oleh PTPTN adalah Majlis Perasmian PAKEJ BAHARU SSPN-i Plus, Ejen Online PTPTN dan Penyampaian Hadiah Cabutan yang dirasmikan oleh YB Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi sebagai wakil kepada YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi.

Sampai je kat Menara PTPTN tu, dah nampak ni? Kau rasa? ><

Antara hadiah yang bakal dimilikki oleh pendeposit SSPN-i Plus

Hahaha! Sabar! Sabar! Nak kereta kat atas ni kan? Kena lah baca dulu entri ni sampai habis. Kihkihkih!

Selain melancarkan Pakej Baharu SSPN-i Plus ni, YB Datuk Mary Yap Kain Ching menekankan dalam ucapannya bahawa skim ini tidak lain tidak bukan adalah untuk membudayakan kembali budaya menabung dikalangan masyarakat. Betul! Kalau tak menyimpan dari sekarang, fuh, alamat masa depan memang perit lah. Lagi-lagi bila dah berkeluarga, beranak-pinak. Itu belum masuk lagi terkena penyakit berbahaya lah, kemalanganlah. Ye tak? Jadi, kita kena sediakan payung sebelum hujan! Kalau tak, kuyuplah hakak!


YB Datuk Mary Yap Kain Ching


Ucapan aluan oleh YB Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah


Korang tahu tak, dengan skim SSPN-i Plus, PTPTN cuba untuk membantu rakyat dengan memperkenalkan pakej-pakej mampu milik bagi tujuan simpanan demi masa depan pendidikan dengan menawarkan perlindungan takaful yang amat murah dan komprehensif.

Pada yang dah tahu mengenai SSPN-i Plus ni, satu tepukan untuk anda! Tapi pada yang tak tahu, ehem, akulah tu kan, mesti nak tahu apa fungsi SSPN ni sebenarnya dalam hidup kita? Penting sangat ke? Aku yang baru saja menamatkan pelajaran dan menggunakan PTPTN ni pun tak tahu apa kebenda lah SSPN ni. Rugi, rugi! Jom kita tambah ilmu!

Apa itu SSPN-i Plus?

SSPN-i Plus

SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif. SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih. (sumber dari PTPTN)


Apakah Pakej Yang Ditawarkan?


Simpanan yang paling rendah adalah pakej Intan. RM30 je sebulan?? Jadi, RM1 je untuk sehari? Perlindungan Takaful pun boleh dimilikki sehingga RM40,000! Wow! Murah sangat dah ni untuk simpanan dan perlindungan diri!

Apakah Keistimewaan SSPN-i Plus?

Semua skim mesti ada keistimewaan masing-masingkan? Tapi ada apa dengan cinta? Eh! Silap. Hehehe! Ada apa dengan skim SSPN-i Plus ni?




Siapa yang layak untuk memohon?


"Ala, skim ni sesuai untuk ibu bapa je. Anak-anak diorang je yang boleh dapat manfaat dari simpanan tu."

Haaa! Silap kat situ. Pendeposit boleh menerima manfaat untuk diri sendiri juga! Maksudnya, pendeposit buka akaun untuk diri sendiri. Bukan untuk orang lain. Jadi, orang bujang seperti aku ni, boleh lah mohon! Yey! 


Pada yang dah ada kerja tetap, pendapatan yang stabil, ada anak-anak, bukalah akaun SSPN-i Plus ya? Demi kepentingan pendidikan anak-anak atau untuk diri sendiri, ini adalah skim yang terbaik untuk kita. Pada masa yang sama, Takaful juga boleh melindungi kita dan banyak lagi keistimewaan yang boleh kita milikki dengan SSPN-i Plus ni!

Hadiah Gempak Belaka!

Dahlah antara skim yang termurah, dapat hadiah lagi? Perghh. Percayalah! Ye. Tahu. Inilah yang dinanti-nantikan. Hadiah kot! Siapa tak suka kan? Weee!

Cabutan WOW

Percaya ke tak? Ya ampun! Okay sat naaaa! Ni antara pemenang-pemenang untuk Hadiah Cabutan Suku Tahunan ya! Ada yang menang motor, kereta dan gadget! Kelas youallsss!

YB Datuk Mary Yap Kain Ching bersama para pemenang Hadiah Cabutan

YF, macam mana nak daftar ni? Tak zabaaarr nak daftar! Haa! Meh klik kat SINI.

Ejen Online PTPTN


Dah macam Ejen Ali plak. Hahaha! Bukannnn. Ejen Online PTPTN adalah ejen berdaftar dengan PTPTN yang memasarkan SSPN-i Plus secara online atau secara bersemuka (EPO sahaja) dan layak diberi komisen pada kadar ditetapkan bagi setiap transaksi pembukaan akaun baharu SSPN-i Plus dan penambahan deposit yang berjaya (EPO sahaja).

Apa Syarat Nak Jadi Ejen?

Nak jadi ejen, WAJIB mempunyai kewarganegaraan Malaysia dan WAJIB berumur 18 tahun ke atas! Ada apa-apa bayaran ke? Hidden charges ke? Ewah! Tak ada. Pendaftaran adalah PERCUMA seumur hidup! Haaaa! Orang Malaysia ni, bab percuma memang suka kan? Tahu daaa! Ihiks!

Apa Keistimewaan Jadi Ejen?

Haih. Dari atas, dok cakap pasal keistimewaan je. Nak buat macam mana, itu memang tujuan PTPTN! Nak memberi keistimewaan kepada pelanggan dan juga para pekerjanya! Syiok! Antara keistimewaan atau benefit yang akan dimilikki oleh ejen-ejen berdaftar ni adalah:


Siapa-siapa yang nak buat part time ke, nak cari duit poket lebih buat belanja jajan ke, haaa! Boleh sangat dah tu daftar sebagai salah seorang Ejen Online PTPTN! Chop! Hahah! Terbantutkan nak daftar? Kihkihkih! Sebelum daftar tu, nak bagitau dulu, ejen ni ada dua (2) level. Eh! Peninglah! Siap ada level-level plak. Tak payah pusing-pusing kepala, baca je kat bawah ni:


  1. Rakan Niaga Affiliate (RNA) ialah Ejen Online PTPTN yang memasarkan produk SSPN-i Plus secara online sahaja.
  2. Ejen Pemasaran Online (EPO) ialah ejen yang dinaiktaraf dari RNA setelah menghadiri kursus yang dianjurkan oleh PTPTN. EPO akan memasarkan produk SSPN-i Plus secara online dan bersemuka.

Tak pening kan? Mudah je sebenarnya. Heee! Sekarang udah jelas semuanya kan? Barulah boleh mendaftar dengan yakinnya sebagai Ejen Online PTPTN. Fuh! Berpeluh tau nak menaip ni! Kang, orang kata YF ni bagi ajaran sesat plak. Hahaha!

Untuk maklumat lebih lanjut dan jelas mengenai SSPN-i Plus, bolehlah singgah ke mana-mana cawangan PTPTN di seluruh Malaysia atau terus klik ke laman rasmi PTPTN.

Akhir kata dari aku,  moga sahutan PTPTN untuk menyeru rakyat Malaysia menabung dan melindungi diri sekiranya berlaku kemalangan mahupun kehadiran penyakit yang tidak diingini, disambut baik dengan adanya skim mudah seperti ini. InsyaAllah.

Wassalam.

P/S: Gambar-gambar diatas adalah ehsan dari para blogger yang menghadiri event ini. Terima kasih.

---------------------------------------------------------------

YF : Bila nak dapat kerja ni?




Monday, May 2, 2016

GUNUNG NUANG VIA PANGSUN || PENDAKI 'BARU'

Assalamualaikum

Kali terakhir aku mendaki ialah Gunung Bujang Melaka, Perak. Saat itu pun, sekadar suka-suka bersama bekas teman sekolah. Kalau tidak salah, 4 atau 5 tahun lepas. Walau sekadar suka-suka, tapi itu dah cukup buat aku jatuh cinta dengan mendaki, bau hutan di subuh hari dan bunyi-bunyian alam semesta. Jujur aku rindu.

Selepas menamatkan pengajian baru-baru ini, hati teringin untuk mendaki kembali. Aku mulakan dengan mendaki Bukit Saga, Ampang. Walaupun bukit, cukup buat aku berpeluh satu badan. Penat. Tapi aku puas. Puas dapat memenuhi kehendak adrenalin.

Kawan seminat sehobi, mudah sahaja dengan adanya group Hiking & Camping Around Malaysia di Facebook. Saban waktu ada saja aktiviti yang bakal diadakan setiap hujung minggu. Tinggal ingin join sekali atau tidak. Cuma halangan terbesar aku untuk mendaki adalah, kemudahan kenderaan. Kereta di rumah, cuma satu sahaja. Jadi, pergerakan terbatas sedikit. 

Pada hari yang sama, iaitu Ahad, 24 April 2016, ada dua aktiviti mendaki yang aku jumpa dari group hiking Whatsapp yang berasingan. Satu, mendaki Bukit Tabur West, satu lagi mendaki Gunung Nuang. Gunung Nuang. Perginya aku ke sana, memang tidak dirancang. Sungguh. Perancangan awal, aku ingin mendaki Bukit Tabur West sahaja. Niat di hati ingin menawan bukit bakau sahaja dahulu. Gunung, aku tunda. Takut tak mampu. Tapi, oleh kerana tiada kawan yang dari Shah Alam atau Putra Heights untuk menumpang kereta ke Bukit Tabur, aku mencuba nasib untuk bertanya dalam group lagi satu. Alhamdulillah. Ada yang sudi menumpangkan aku, walaupun dari Puchong, aku sanggup. Lagipun, Puchong dan Putra Heights dekat sahaja.

Seawal 1.30 pagi, aku dan 4 lagi kawan baru aku, bergerak ke Kg. Pangsun, Hulu Langat. Hati aku mula berdebar saat memasuki kawasan letak kereta di kaki Gunung Nuang. Mana tidaknya, dengan tiada stamina dan persediaan untuk mendaki gunung, hanya mampu bertawakal tiada apa-apa yang buruk berlaku ke atas aku ketika di atas sana nanti. Kelihatan, ada lagi satu kumpulan yang sedang bersiap sedia untuk mendaki. Berita buruk, aku uzur. Itu pun setelah aku sampai di sana, baru aku sedar. Cuba menyedapkan hati ia tidak akan 'mengganggu' aku. Debaran aku kian terasa saat doa dibaca untuk mula mendaki. "Allah, selamatkan kami semua". Pinta aku dalam diam. (Handphone, sudah aku matikan sebab tiada line seusai tiba di sana, jadi aku tidak tahu pukul berapa aku bergerak dari kawasan parking ke Kem Lolo)

Ada 5 checkpoints untuk sampai ke Kem Lolo. Kalau tak silap, dalam 6-7km juga perjalanan. Sampai saja di Kem Lolo, kami berhenti berehat. Sempat juga kawan aku buat air Nescafe di situ. Aku hanya menambah bekalan air aku dengan mengambil air di sungai. Segar. Di saat ini, fikiran aku seperti menerawang. "Betul ke aku buat ni?" Tak percaya sudah sampai di kaki gunung Nuang. Dari Kem Lolo, barulah misi mendaki Nuang bermula. Bergerak mungkin dalam pukul 5 pagi. Oh ya! Aku terlupa. Group aku ada 6 orang termasuk aku. Tambah seorang lagi sebab dia datang kemudian. 2 perempuan dan 4 lelaki. Tapi, sayang. Kawan perempuan aku tidak dapat meneruskan perjalanan ke puncak sebab senggugut. Aku bernasib baik sebab tak mengalami senggugut. Kalau tak, mungkin aku terpaksa membatalkan niat menawan Nuang. Jadi, tinggallah aku, bersama 4 jejaka hebat dalam aktiviti menawan Nuang. Ijal, speeder dalam group aku. Dah mengetuai kawan-kawan yang boleh berjalan laju. Apit dan Adam, mereka ingin tinggal lebih lama lagi di Kem Lolo. Tinggallah aku dan Haizer, sweeper aku. Sweeper tu apa? Sweeper ni tugas dia untuk tolong orang yang terakhir dalam group untuk meneruskan perjalanan. Aku jalan lambat sikit (sebenarnya lambat banyak). Jadi, dia mewakilkan diri untuk jalan sekali dengan aku.

Gelap. Hutan kan. Biasalah. Cuma berbekalkan headlamp saja untuk menempuh liku-liku jalan di hutan. Tapi headlamp aku macam nak tak nak hidup saja. Nasib sempat berkhidmat sehingga ke Kem Pacat. Headlamp Haizer, mampu menyuluh dengan lebih terang. Buat aku pasrah dalam redha. Group yang di depan, sudah hilang dari pandangan. Group di yang tadinya di belakang kami, sudah terpisah jauh. Cuma aku dan Haizer. Berborak memecah kesunyian. Tiba-tiba, kedengaran bunyi dengusan nafas yang kuat. Seperti babi hutan. Tapi, bunyinya dari atas. Dua tiga kali juga bunyi itu membuat kami terdiam seribu bahasa. Lagi-lagi aku. Perasaan takut sudah menyelubungi diri. Aku mula bergerak ke arah Haizer. Takut. Haizer sudah siap dengan pisau ditangan. Takut ada benda yang menerpa ke arah kami secara tiba-tiba. Tapi, keadaan mula senyap. Untuk beberapa ketika, Haizer menyuruh aku untuk mulakan langkah. Aku pun melangkah dengan hati yang gusar. "Tolong aku Ya Allah!" Jerit hatiku.

Hari kian terang. Alhamdulillah. Walaupun banyak kali berhenti, sampai juga aku ke Kem Pacat. Orang kata, dulu kem ni, memang banyak pacat. Tapi tidak sekarang. Sampai di Kem Pacat, kelihatan group yang bergerak dengan kami sekali dari Kem Lolo (tapi lebih laju dari aku) sudah tersadai kepenatan. Ya. Semua lelaki. Aku seorang saja perempuan. Ah! Pedulikan. Sebab dah penat sangat, tak mampu nak fikir benda lain. Oh ya! Tapak kasut aku di bahagian belakang, dah mula 'bercakap'. Hahaha! Aduh! Apa nak buat ni? Ah! Lantaklah.

Kem Pacat

Setelah berehat di Kem Pacat, aku dan Haizer memulakan pendakian ke Puncak Kasih/Pengasih pula. Waktu ini, mental aku sudah tahap nyawa-nyawa ikan. Sebab, trek menuju ke sana mula mencanak tinggi. Aku akui, aku sudah kepenatan. Tapi penat yang luar biasa. Waktu aku mendaki Gunung Bujang Melaka, tidak sepenat ini. Air muka aku sudah berubah. Dari mampu tersenyum dan ketawa, mula masam mencuka dek kepenatan yang teramat sangat. Tapi, apabila disuluh dengan lensa kamera, boleh pula tersenyum girang. 


Tersenyum 'bahagia'

Tapak kasut aku semakin giat 'bercakap'. Adam, dengan skill survivingnya, mula mengikat kasut aku dari tercabut atau ternganga dengan lebih besar dengan bandage. Cukuplah untuk bertahan hingga turun ke bawah semula. Harapannya, begitulah.


Kasut aku (belah kanan) sebelum injured sepenuhnya

Setelah melepaskan penat yang melampau walau sekejap cuma, aku kembali mengumpul saki baki tenaga, untuk ke puncak Nuang. Ya. Destinasi terakhir. Ketika mendaki ke puncak, hati aku sudah berbelah bahagi untuk meneruskan perjalanan. Seperti mahu berguling-guling ke Kem Lolo semula. Penat. Kerap aku menuturkan perkataan itu setiap kali ditanya, "Okay tak?". Aku okay. Tapi penat. Itu saja. Mental aku kembali rapuh. Dengan trek yang meminta aku untuk 'merangkak', bukan berjalan. Terpaksa berpaut pada dahan yang ada. Batu yang ada. Demi mengelakkan dari tergelincir atau terjatuh. Memang mencabar fizikal dan mental aku.

Dengan sokongan kawan-kawan di depan dan belakang, Alhamdulillah aku berjaya sampai ke puncak Nuang. Yey! Sampai saja di puncak, aku terus duduk bersila. Meneguk air. Eh! Silap. Menyedut air. Hehehe.





Dah penat, bagilah makan apa pun, memang sedap. Ijal, dengan alatan memasaknya, Maggie direbus. Fuh. Memang mengundang. Bila menaip ni, rasa terliur pula. Gulp!


Hey, guys!

Sebelum turun, tak sah kalau tak ambil gambar di pohon ini sebagai bukti. Tolonglah abaikan tudung tu. Buruk betul rupanya. 



Bersama Haizer

Speeder, Ijal

Sebenarnya, kat puncak Nuang ni, tupai selalu berkeliaran kat situ. Terutamanya kat pokok yang kitorang tangkap gambar kat atas ni. Kalau ada bawa roti lebih, boleh bagi kat tupai-tupai ni. Aku? Oleh kerana penat sangat, aku hanya mampu duduk melayan penat. Tak larat dah nak angkat punggung. Cuaca di puncak kian dingin. Dari panas berpeluh, mula terasa sejuk. Macam ada air-conditioner. Kabus menebal di Puncak Nuang. Jadi, pemandangan di bawah tidak kelihatan jelas.


Kabus di Puncak Nuang

Bermulalah episod untuk turun dari Puncak Nuang ke Puncak Kasih/Pengasih, Kem Pacat, Kem Lolo dan seterusnya ke kawasan parking.




  



Setibanya di Kem Lolo dalam pukul 2 atau 3 petang kalau tak silap, berehat agak lama. Sempat merendamkan kaki yang sakit di dalam sungai yang mengalir jernih. Kawan-kawan yang lain sempat memancing ikan di sungai. Aku mengambil kesempatan berborak dengan pendaki-pendaki dari kumpulan lain. Maaf. Tiada gambar. Gambar-gambar di atas pun sebenarnya ehsan Adam.

Bergerak ke parking dalam pukul 4 lebih rasanya. Saat ini, kuku ibu jari kiri mula terasa perit. Sebab perjalanan dari Puncak Nuang menurun. Jadi, kuku ibu jari kiri tu menahan beban badan dengan lebih banyak. Tak pasti kenapa kuku ibu jari kanan tak sesakit itu. (Sekarang dah ada darah beku). Sampai saja di parkir, mandi adalah tujuan utama aku. Ya. Di situ ada kemudahan seperti tandas dan bilik mandi telah disediakan untuk memudahkan para hikers atau campers membersihkan diri sebelum bergerak pulang. 

Ada dua ekor anjing yang sering diperkatakan oleh para pengunjung Gunung Nuang, Kiki Girl dan Kiki Boy. Memang tidak dinafikan, mereka tidak mengacau atau menakutkan orang-orang sekeliling, cuma mengawasi saja. Anjing-anjing ini merupakan anjing kepada renjer di situ, Along. Tapi aku, biasalah. Penakut sikit. Kalau nampak kelibat anjing-anjing ni, aku dah mula menjarakkan diri. 

Menyesal naik Gunung Nuang? Pastilah tidak. Di saat aku menaip ini, terasa rindu pula pada Nuang. Bak kata salah seorang kawan dalam group aku, "Nuang di hati'". Kata Adam, kalau newbie dah boleh panjat Nuang, itu satu pencapaian yang bagus sebenarnya. Sebab tidak dinafikan, trek Nuang dari Pangsun, lebih sukar berbanding trek Nuang dari Janda Baik. Trek Janda Baik dikatakan lebih pendek dari trek Pangsun.

Apa jadi dengan kasut aku? Dah selamat masuk dalam tong sampah. Huhuhu! Tapak sebelah kanan dah tercabut secara total. Mula-mula memang nak bawa balik, cuci dan jahit semula tapak kasut. Tapi, bila tengok rupa kasut tu, memang hati tak sanggup nak tengok dah. Maafkan aku wahai kasut. Pengajaran untuk aku kelak. Kena pakai kasut yang bersesuaian untuk aktiviti lasak seperti ini. Dan, jangan lupa sarung tangan yang kawan-kawan. Kita tak tahu kita terpegang apa dan masa mendaki, memang sarung tangan sangat diperlukan sebab kita akan memegang batang pokok dan batu-bata untuk sokongan.

Banyak sangat dah ni aku mengarang. Kalah jawapan kertas peperiksaan aku. Uhuk! Akhir kata, InsyaAllah, akan aku tawan Nuang, semula. Biar lambat, jangan give up!

Wassalam.

----------------------------------------------------------

YF : Nama timangan dari group hiking, minyak YuYi cap limau.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...