Saturday, July 30, 2016

JOM KE KOREA BERSAMA YEO'S!

Amboi! Pantang ajak ke Korea, terus berbunga-bunga hati tu kan? Haaa. Malu letteww! :p

Baru-baru ni, Yeo's telah melancarkan kempen "Yeo's I LOVE MALAYSIA MUSIM KEDUA" yang bermula dari 28 Julai hinggalah 15 Oktober 2016. Naib Presiden Kumpulan Yeo's Malaysia & Indonesia, Ong Chay Seng yang turut merasmikan kempen ini dengan harapan kempen ini mampu menyemarakkan lagi rasa cinta dan bahagia sesama kita walaupun berbeza agama dan bangsa. YF sangat setuju dengan agenda kempen ini! Siapa lagi nak sayang sesama kita kalau bukan kita, betul tak? Betul betul betul! YF tanya, YF jawab ya. Kihkihkih!

Ong Chay Seng sedang berucap sebelum perasmian

Sesi bergambar bersama duta Yeo's, Akim & Stacy

Tapi, kenapa nak love love Malaysia plak ni kan? Haaa. Sebabnya, nak meraikan bulan Ogoslah iaitu bulan kemerdekaan negara Malaysia yang ke-59 pada tahun ini! Kiranya sambil menyelam, minum air gituuuu. Waaaa. Sedar tak sedar, dah tua rupanya YF. Eh. Silap. Sedar tak sedar, dah lama Malaysia merdeka kan? Harapnya Malaysia akan kekal aman sejahtera bersama rakyatnya yang majmuk. InsyaAllah. Aminnnn!

Bila ada kempen ke, majlis ke, mesti ada tema kan. Haaa. Ni YF nak habaq. Tema untuk musim kali ini adalah #RentakBahagia! Rasa nak menari menyanyi pun ada bila baca tema ni. Lagi-lagi bila Akim & Stacy yang jadi duta Yeo's. Wehuuuu. Over kau YF. Hahahah. Tapi betullah YF cakap ni. Memang kena menyanyi atau menari kalau nak ke Korea secara PERCUMA!

Eee! Tamolah menari ke menyanyi ke. Malu lah ittew! Ittew suka bergambar je tau.
Hari-hari post gambar kat Instagram bersama yang tercinta atau tersayang.

Haaaa. Boleh juga lah tu! Nak tahu macam mana caranya? Caranya adalah dengan menyahut Cabaran Instagram #RentakBahagia!


1. Ambil foto yang berkonsepkan 'cinta', contohnya - foto keluarga, kawan karib dan sebagainya (Tak semestinya dengan kekasih je tau, dengan kucing pun boleh!)

2. Muat naik foto ke laman Instagram individual masing-masing

3. Gunakan hashtag #RentakBahagia bersama #YeosYeogurt, hashtag tambahan adalah dibenarkan (Jangan letak hashtag #sayajual plak. Tak ada kena mengena hokey!)

4. Kait (tag) lima orang rakan dan cabar mereka menyebarkan cinta ini!


#RentakBahagia Video

1. Rekod video durasi 30 saat hingga 1 minit berdasarkan lagu #RentakBahagia Akim & Stacy. Nyanyian dan tarian adalah dibenarkan. (*Lagu boleh didapati di laman Youtube Yeo's Malaysia pada 20 Ogos 2016. Sambil-sambil tu boleh lah fikir step menari macam mana)

2. Muat turun video ke laman Instagram individual masing-masing

3. Gunakan hashtag #RentakBahagia bersama #YeosYeogurt, hashtag tambahan adalah dibenarkan

4. Kait (tag) lima orang rakan dan cabar mereka menyebarkan cinta ini!

Yang berhajat nak pergi Korea nun, hanya 3 pemenang utama saja akan dipilih tau!

Pergi sorang-sorang je ke? Forever alonenya! Sobsobsob!

Ehh. Yeo's tak sekejam itu hokeyhhh. Yeo's akan support seorang lagi untuk temankan korang ke Korea. Masyukkkk!

Yang tak dapat pergi Korea tu, janganlah bersedih hati plak. Kalau rezeki berpihak pada korang, korang still akan dapat hadiah juga tau. Ala-ala hadiah saguhati gituuuu. Untuk saguhati, seramai 11 penyertaan akan dipilih tau! Ramai juga tu. Hadiahnya adalah pemenang akan menerima tiket ke taman tema seperti Sunway Lagoon, Legoland dan sebagainya bersama keluarga tercinta. Yahoooooo! Syiokkk!

Haaa. Jangan nak gembira sangat okay. Syarat yang paling penting kalau nak join contest ni, pastikan laman Instagram adalah umum (public). Nanti punyalah sedap upload berbagai gaya dan aksi, tapi laman Instagram tak tukar setting jadi public. Berhuhuhulah korang kat bucu katil bila terperasan lepas tamat tempoh penyertaan. YF tak dapat tolong lah dek non oiii.

Nak lagi gempak, sebanyak RM50,000 untuk dimenangi tau! Walaweihh! Tapi ada caranya. Haaa. Nak tahu, kena godek-godek dulu website Yeo's atau berhubung pegawai perkhidmatan pelanggan di 1300-80-2828. Barulah mencabar yob! Semua nak kena suap, tak kuasa YF tau. Hahaha!

Haih! Penatlah YF membebel dari tadi. Selebihnya, terserah korang. All the best tau! Muachhhh! :*

----------------------------------------------
YF : Adakah ini cinta?



3 comments:

Anonymous said...

pehhh! korea tuuu

anazarin dotcom said...

Best tu kalau dapat...hihihi

anazarin dotcom said...

Best tu kalau dapat...hihihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...