Saturday, December 31, 2016

MOTOR DAN LUMBA BERPISAH TIADA

Assalamualaikum semua!

Betul ke motor dan lumba berpisah tiada? Hahahaha. Bagi YF masuk akal juga kot kenyataan tu. Ye lah, kalau orang cakap pasal motor je, mesti akan kaitkan dengan lumba haramlah, rempitlah. Ish ish ish! Tu semua negatif tau. Tapiiiii.....kalau lumba secara sah, itu okay sangat! Daebak kata orang Korea (Terpengaruh dengan bahasa Korea sat sebab tengah melayan drama Korea). Hahahah!


Okay! Entri kali ni YF nak share dengan korang semua tentang pengalaman YF tengok lumba motorsikal! Perghhh. Dasyat wa cakap lu. Semua power-power belaka. Yang pastinya, lumba motorsikal ni boleh dikategorikan sebagai satu sukan ekstrim yang diiktiraf dalam dan luar negara!

 
Wakil media bagi pihak KBBA

Selain Malaysia, ada 17 buah negara lagi tau yang menyertai acara berprestij ni contohnya Indonesia, Taiwan, Australia dan banyak lagi! Dari Malaysia saja, ada 3 wakil pelumba. Dan, yang lebih membanggakan, salah seorang dari mereka berjaya merangkul gelaran champion untuk tahun 2016! Nak tahu siapa? Jeng jeng jeng!

Muhammad Habibullah Mohd Saleh atau nama glamour beliau, Gabit muncul juara keseluruhan Kejohanan FIM Asia Supermoto 2016 - Mstar

Sebagai orang muda macam YF ni. Ehem. Muda ke? Ihiks! Tak adalah. YF sangat berbangga dengan orang muda macam Gabit dan seangakatan dengannya yang berani menyahut cabaran dalam sukan ekstrim sebab tak semua minat benda-benda macam ni. Mungkin adalah juga yang minat kan cuma tak nak pergi jauh atau sekadar mengisi masa lapang je kan. Contoh macam YF ni. Suka gi hiking tapi tak mampu lah nak bagi komitmen sepenuh masa. Gitu kan? So, YF salute lah dengan semua anak-anak muda di luar sana terutamanya kepada kaum wanita. Eh, ada ke gegurl masuk lumba motor ni? Biar betul? Tak percaya? Kan YF ada cakap ada 3 orang pelumba dari Malaysia kan? Kan? Kan? Salah seorang dari mereka ialah perempuan ya. Haaa. Tutup mulut tu. Nanti lalat masuk. Hahahaha!

Bersama satu-satunya pelumba wanita, Siti Fatimah Husna

 
Aksi mengagumkan dari para pelumba

YF dan rakan-rakan media dari KBBA juga turut dibawa melihat kawasan booth riders. Sempat juga tengok mereka ni membuat persediaan sebelum meneruskan perlumbaan. Macam-macam gaya ada tau. Tapi yang penting, semangat kesukanan para pelumba terpancar di wajah mereka untuk cuba mengharumkan nama negara masing-masing. Huuu. Semangat patriotik lah plak kan. Ahaks!

Untuk jadi hebat macam diorang tu, diorang mestilah kena praktis dulu kan. Mana boleh redah je. Untuk layak masuk dalam championship ni kena lalui beberapa saringan tau! So, hanya yang profesional saja yang boleh join. Sebab diorang dah dilatih dari segi fizikal dan mental untuk berlumba dalam acara-acara macam ni. Macam mana diorang berlatih? Jom YF belanja satu video!

Haaaa. Jangan main-main tau dengan lumba motorsikal ni. Dengan adanya latihan-latihan seperti ni, bolehlah tahu tahap kecekalan seseorang nak survive dalam sukan ekstrim ni. Fuh. Kalau YF lah, tak berani kot nak cuba aksi ni. Hahahaha!

Di atas pentas VIP

Papehal pun, tahniah kepada para pemenang dan pelumba untuk tahun ni! Bagi YF, anda semua terbaik! Thumbs up! See you next year! Eh, konpiden je YF dapat pergi lagi next year. Hahahaha! Itupun kalau FIM Asia Supermotor nak jemput lagi ya dak? Ala, kebetulan Malaysia jadi tuan rumah untuk tahun ni. Memang senanglah dapat pergi kan. Cuba kat oversea nun, nak ke pergi? Nak! Nak! Kalau ada sponsor. Kikiki! And thank you juga kepada Kelab Blogger Ben Ashaari sebab bagi peluang kepada YF untuk join event ni.

Pssst! Nak tengok diorang buat gaya pacak tak?Pacak tu apa? Kikiki!


----------------------------------------
YF: Rindu hiking!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...