Posts

Showing posts from May 2, 2016

GUNUNG NUANG VIA PANGSUN || PENDAKI 'BARU'

Image
Assalamualaikum Kali terakhir aku mendaki ialah Gunung Bujang Melaka, Perak. Saat itu pun, sekadar suka-suka bersama bekas teman sekolah. Kalau tidak salah, 4 atau 5 tahun lepas. Walau sekadar suka-suka, tapi itu dah cukup buat aku jatuh cinta dengan mendaki, bau hutan di subuh hari dan bunyi-bunyian alam semesta. Jujur aku rindu. Selepas menamatkan pengajian baru-baru ini, hati teringin untuk mendaki kembali. Aku mulakan dengan mendaki Bukit Saga, Ampang. Walaupun bukit, cukup buat aku berpeluh satu badan. Penat. Tapi aku puas. Puas dapat memenuhi kehendak adrenalin. Kawan seminat sehobi, mudah sahaja dengan adanya group   Hiking & Camping Around Malaysia  di Facebook. Saban waktu ada saja aktiviti yang bakal diadakan setiap hujung minggu. Tinggal ingin join sekali atau tidak. Cuma h alangan terbesar aku untuk mendaki adalah, kemudahan kenderaan. Kereta di rumah, cuma satu sahaja. Jadi, pergerakan terbatas sedikit.   Pada hari yang sama, iaitu Ahad, 24 April 2016