Monday, May 9, 2016

RINDU PADA TAMAN ILMU DAN BUDI || UIA

Assalamualaikum

Gambar dari Areef Abubaka

Terlihat gambar ini di home Facebook aku. Walaupun baru beberapa bulan meninggalkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) secara rasmi, tapi hati sudah mula jatuh rindu. Rindu dengan suasananya. Penghuninya. Pensyarahnya. Apatah lagi dengan rakan-rakan seperjuangan.

Impian kecil untuk melanjutkan pelajaran ke universiti ini akhirnya terlaksana juga. Syukur alhamdulillah. Walaupun tidak secemerlang rakan-rakan lain, aku tetap bersyukur. Berjaya melepasi pahit getir sepanjang menimba ilmu di sini. Hanya yang rapat saja tahu, betapa peritnya seorang Yulia Fajrin, untuk menghadapi UIA. Hmm.

InsyaAllah, akhir tahun ini, aku akan berkonvo. Moga kita dapat bertemu lagi. Dapat menghirup udara di sana. Dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan yang telah berpisah. Dapat berjumpa semula dengan para pensyarah yang berkaliber. Moga-moga, umur aku masih panjang.

Wassalam.

-----------------------------------------------------

YF : Masih dipinggiran




SIAPA SYAFIQ RIDHWAN?

Assalamualaikum


Siapa Syafiq Ridhwan? Entah. Aku tak kenal. Aku pun lupa macam mana aku boleh jadi friend dia dalam Facebook.

Bila aku terbaca satu status dia, aku terpanggil untuk buat satu entri tentang dia. Apa status dia tu sampai aku nak buat entri khas bagai? Okay. Jom baca!

Saya menunggu di perkarangan rumah saya tadi. Melihat ke arah jam sudah hampir pukul 6 petang. Di taman, kelihatan budak budak sedang bermain bola dengan riangnya. Saya baru dapat call dari seorang kawan. Dia ajak jumpa, katanya dah lama tak jumpa. Alang - alang tempat kerja dia dekat dengan rumah, balik kerja, dia teringin nak jumpa saya untuk borak - borak.

Sedang mengelamun, dari kejauhan saya nampak seorang lelaki bertubuh kecil berlari lari menuju ke arah saya.

"Bro, sorry lambat, boss aku tahan tadi" sambil tersenyum.

Saya tersenyum.

"Takpe bro, faham, orang kerja kuat nak cari duit kahwin ni."

Dia tergelak. "Jangan perli aku bro"

Saya senyum. Mata masih memandang ke arah taman. Seronok betul zaman kanak - kanak. Tak perlu susah susah fikirkan masa depan yang belum tentu.

"Okeh bro, apa masalah kau sebenarnya. Beriya betul nak jumpa hari ni juga" tanya saya.

"Entah" jawab kawan saya pendek.

Saya terdiam. Saya perasan riak muka dia berubah tiba - tiba.

"Rasa macam putus asa" sambung dia lagi.

"Kenapa?"

"Tak tahu"

Saya menarik nafas perlahan.

"Tuhan tengah ajar kau bro" suara saya perlahan.

"Ajar apa"

"Ajar tentang erti redha dan ikhlas"

"Tentang jangan putus asa bila tuhan beri ujian bertalu - talu. Tentang usah dipanjangkan kekecewaan terlalu lama" sambung saya perlahan.

Air mata dia menitis.

"Aku tak kuat bro"

"Semua orang tak kuat bro" balas saya semula.

"Tapi kau kena ingat. Kita kena refer pada Nabi. Macam mana Nabi pertaruhkan nyawa dan jiwa untuk sampaikan agama pada kita hari ini. Macam mana perit jerihnya para sahabat terdahulu perjuangkan agama untuk kita nikmati hari ini"

"Tuhan tu, kalau dia sayang kita, Dia akan bagi kita rasa berdosa. Biar kita tahu, bila kita diuji begini, kita cuma ada Dia untuk ampunkan dosa kita dan serahkan diri kita"

Kawan saya tunduk. Tangannya mengesat air mata.

"Bro. Kalau kau rasa down lagi, cepat cepat buka Quran. Buka je mana mana muka surat. Nanti adalah Allah tunjukkan jalan keluar"

"Ujian ini untuk kau, bila kau bagitahu aku, automatik jadi milik aku, dan bila aku bagitahu orang, ia akan jadi ibrah untuk mereka"

"Kita semua sama bro, di sisi tuhan, so usahlah sedih sangat"

Saya lihat dia kembali tenang.

"Terima kasih bro." suara kawan saya kedengaran perlahan.

"Sama - sama" saya tersenyum.

Tak tahulah. Mungkin tuhan tu memang nak saya rawat banyak hati hati yang dah kecewa. Kadang kadang rasa bersalah dengan mereka yang minta bantuan, sebab saya rasa saya bukanlah orang yang paling layak untuk berbicara tentang kecewa. Ramai lagi orang yang pernah mengalami kecewaan paling dalam. Apa pun, semoga kekecewaan ini tak menjadikan kita putus asa. Lihat ke langit, lapangkan dada, tuhan sentiasa ada bersama kita. Selalu.

Hmm. Aku tak tahulah korang. Tapi bila aku baca status ni, aku jadi sentap. Memang sentaplah. Semua orang tak kuat. Tapi, akhirnya berjaya melepasi setiap dugaan yang diberi. Ya. Dengan izin dan tawakkal denganNya. Saban kali, kita mengeluh.

"Susahnya dugaan aku."

Allah. Betapa mudahnya untuk rasa down dengan ketentuan dariNya. Tapi dengan cara itu saja yang dapat membentuk hati kita supaya lebih kuat. Kuat dengan kebesaran Dia. Kuat dengan pemberian Dia.

Cara dia berdakwah melalui tulisan, tidak memaksa atau pun sinis. Cuma teguran dan nasihat yang dilontarkan melalui kisah-kisah rakan atau orang sekeliling. Aku kagum dengan dia. Dengan penulisan dia. Bersahaja, tapi terasa di hati.

Cuma satu nak pesan dengan brother ni, teruskanlah menulis. Moga ada jiwa yang cair dengan kasih sayang Allah selepas membaca status anda di Facebook.

Wassalam

--------------------------------------------------------

YF : Kaku hati. Kelu lidah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...