Glamorous Camping : Glamping di Lost World of Tambun!

Percutian singkat selama 2 hari 1 malam di LWOT, Ipoh, Perak sangatlah berbaloi-baloi! Hanya dalam 2 jam perjalanan, dah terpacak kat depan entrance theme park! Selepas Sunway Lagoon, LWOT adalah senarai tempat dalam bucket list aku. Tercapai juga akhirnya nak ke sini! Thank you KBBA LWOT! 😍

Apa tarikan LWOT kali ni? Ha! Nilah nak habaq mai ni!

Glamping Yang Glamorous!

Tarikan dia adalah GLAMPING! Terasa nak berkhemah dalam khemah yang siap sedia ada katil tapi masih mengekalkan elemen alam semulajadi? Yeah! Glamping jawapan untuk anda2 di luar sana yang dahagakan adventure tapi ala2 santai gituuuu. Untuk ruang dalaman glamping ni, 1 khemah boleh menempatkan 4 orang dewasa; ada 2 katil single dan 1 katil Queen size. Boleh rujuk gambar di bawah untuk bayangan anda semua. Glamour tak agak2? Mestilah glam youalls! 😎


Jangan tak tahu, kalau nak bawa family pun sesuai juga ya. Jadi, tak payah risau sangat kalau itu tak ada, ini tak ada. Sebab semua keperluan ada disediakan. Ala2 bilik hotel gitu. Toilet dan shower room pun dekat saja. Tak sampai seminit perjalanan. Yang bestnya apa tau? Shower room ada hot water & hair dryer youallssss. Heaven gila mandi lepas berpeluh sakan jelajah LWOT.




 Boga Lake diberi nama



 Pemandangan glamping yang berada di atas air pada waktu siang

Seperti dalam gambar di atas, boleh nampak kan ada beberapa glamping sekitar tasik dan di atas tasik. So, boleh pilih nak duduk kat mana. Wehuuuuu!


Blogger perempuan bertempat di glamping terapung

Blogger perempuan sangat bertuah dapat glamping di atas tasik! Rasa macam dalam movie omputih gitu. 😍

Blogger lelaki ditempatkan di glamping di sekitar tasik. Masih cantik tertarik!

Namun begitu, glamping yang berada di sekeliling tasik pun apa kurangnya. Masih glam juga apa? Siap ada unggun api lagi tau. 

Pemandangan glamping pada waktu senja. Peh! Syahdu!



Rindunya nak pergi sini lagi! Tengoklah betapa tenangnya persekitaran glamping ni jauh dari tempat orang ramai seperti taman tema LWOT. Sunyi namun indah. Memang terasa dalam hutan tapi dilengkapi kemudahan asas.


 Boleh santai2 selepas makan di ruangan yang disediakan

 Faizal Fredley sempat termenung di muara tasik. Kehkehkeh!

Hahaha! Okay2. Gambar atas ni iklan selingan je. Jangan marah ek. 😆


Overall, tempat yang wajib ada dalam list short trip anda! Bukan jauh pun. Perak je kotttt. Kot? Ahaks! Takpe. Boleh plan slow2 naaa. LWOT tak hilang ke manaa.



Nak tahu lebih lanjut berkenaan glamping di LWOT? Boleh calling2 nombor bawah ni atau terus layari website LWOT :



Email: lostworldoftambun@sunway.com.my
Theme Park Tel : +605 - 542 8888
Hotel Tel : +605 - 540 8888

-----------------------------------------------------
YF: Next trip, ke mana kita?

Comments

diaripink said…
Seronokkan dkt glamping ni. Seronok juga dapat jumpa Yulia dan lain2.
Yulia Fajrin said…
@noorhaidaz eyda : Tahu takpe! Seronok juga jumpa kak haida :D
malam malam ada orang jaga tak kawasan ni ? safety at night and while kita tido macam mana ? menarik ni konsep ni tak pernah try lagi..
Etuza said…
Menarik sekali tempat ni dek..tahnia dapat bersiaran kat sana. hai bila lah dapat bertemu blogger2 ni

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?