Sunday, November 5, 2017

Restoran Ni Banjirlah!


Banjir! Banjir dengan limpahan cheese! Yeah! Kali ni nak share dengan semua pembaca blog aiii dengan restaurant yang semakin meningkat naik di kalangan netizen kala ini. Cewah! Tak lain dan tak bukan, adalah Restoran Cheese Banjir

Mesti dah membayangkan kebanjiran cheese dia kan? Ahahaa! Aku pun masih teringat-ingat lagi makanan yang dijamah kat Restoran Cheese Banjir semalam. Lagi-lagi kalau dijamah beramai-ramai dengan kawan-kawan atau pun family. Rasa macam bahagia je. ๐Ÿ’–

Restoran Cheese Banjir ni terletak di Desa Pandan yang berada di dalam bangunan G-Village, yang berkonsepkan kedai-kedai di bahagian bawah dan bahagian atas adalah apartment. Tempat dia pun tenang saja. Nak parking pun senang.



Restoran Cheese Banjir

Senyum lebar!

Suasana Santai Menjadi Tarikan

Ye ke santai? Biarlah gambar berbicara. Kehkehkeh! Betullah tu santai. Adess! Sesuailah untuk bawa family ke kan. Tak adalah serabut sangat kepala hotak tu kalau nak borak ke apa. ๐Ÿ˜ญ

Dengan para staff yang mesra dan juga owner restoran yang prihatin. Patut diberi pujian. Thumbs up!


Pelanggan sedang enak menjamu selera

Saiz kedai yang agak luas dan selesa


Boleh juga makan di luar bertemankan angin sepoi-sepoi bahasa

Resipi Istimewa Menggamit Rasa

Pada yang mencari makanan Western dan masakan Melayu di siang hari, Restoran Cheese Banjir adalah jawapannya! Boleh lunch dengan Western food tau! Best kan? Tak perlu menunggu malam menjelma, baru nak mencari Western. Kikiki! Apa hidangan yang menambat hati sangat tu? Haaa! Jom terjah! ๐Ÿ˜

Menu yang dihidangkan

LAMB GRILL THE HULK

Rasa dia yang juicy dan lembut dan berlemak dan sedap dan so on lah! Kalau cheese agak-agak macam tak cukup banjir lagi, rasa nak melimpah2 lagi, boleh add on lagi cheese je. Inform je staff kat situ. Tapi ni tak boleh kongsi tau! Bagi amaran awal-awal. Kah! ๐Ÿ˜


GORGON PRAWN BUTTER


Sesiapa yang rasa nak makan makanan selain Western food, boleh juga order menu ni. Fuh. Ambil seketul, terus ngap! Tak payah kopek-kopek bagai. Rangup betullah rasanya! Ermmm. Lagi sedap kalau di makan dengan nasi putih yang dihidangkan satu set. Fuh. Marvelous! 



TENGGIRI AQUAMAN

Aquaman youalls! Bukan Aquaman movie tu tau! Hahahaha! Ni Aquaman yang boleh makan sampai menjilat bibir. Aku bukanlah penggemar asam pedas. Tapi hidangan ni aku boleh makan dengan jayanya! Yeyyy! Rasa dia yang pedas-pedas manja dan secukup rasa. Sesuai untuk orang yang tak berapa makan pedas macam aku. Memang tak pandang kiri kanan dah. Masa untuk membedal je. Hahaha! 


Dihidangkan sekali dengan nasi putih

Apa Menu Istimewa & Promosi Di Bulan November?

MEATBALL NAGA BERAPI

Untuk tarikan bulan November, Meatball Naga Berapi wajib rasa jika singgah ke restoran ni. Sekali tengok, boleh sendawa terus. Hahaha! Untuk pengetahuan korang, hidangan ini saja boleh memuatkan 8-10 perut! Haaaa! Tapi En. Mamu, merupakan owner restoran ni, mengatakan ada 2 customers yang mampu makan hidangan ni sekali harung. Ya ampunnnn! Perut ke apa tu? Hahahahaha! Aku makan pun tak mampu nak tambah dua kali tau. Dengan meatball dia yang mampat berisikan spaghetti di dalam, dan cheese yang banjir di luar, memang ngam! Ya betul. Hidangan ni tersangatlah sesuai untuk dijamah dengan keluarga mahupun sahabat handai. Yang selera besar pun sama. Makanlah sorang2 kalau habis. Hahahahaha! Kalau tak habis, don't worry! Boleh tapau bawa balik rumah ya? 




Selain itu, sesiapa yang birthday dia di bulan November, bolehlah claim hadiah tau! Hadiah apa? Makan free! Untunglah siapa birthday bulan November tu. Ihiks! Akulah tu. Kahkahkah! Nanti masa birthday, nak gi celebrate sinilah. Kuikuikui!



Mengikut En. Mamu, keistimewaan restoran ni adalah setiap bulan akan ada promosi dan menu yang berlainan. Powerlah. Apa plak promosi dan menu dia untuk bulan Disember ya?Rajin-rajinlah jenguk Facebook & juga Instagram restoran ni tau. Tau!

Huish! Bila tah nak makannya. Asyik hulur gambooo je kan. Hahaha! Meh meh jemput makan ya? 

Ehem!


Dah bersiap sedia nak meratah ni!

With En. Mamu & Partner, of course lah dengan geng KBBA!

Untuk view yang lebih menarik, boleh tonton video ehsan dari Blogger Kak Nina. Weeee.


Lapar plak tetibe cerita pasal makanan ni. Haih! Okaylah! Sesiapa yang nak reserve meja ke, untuk bawa family dan sebagainya, boleh cek Facebook, Instagram, alamat dan contact number kat bawah:


Alamat : Lot G10, G-Village, Jalan 1/76D, Desa Pandan, 55100 W.P Kuala Lumpur

Waze : Cheese Banjir
Nombor Telefon : 017-252 0031

Waktu Operasi : 10.30 pagi – 10.30 malam (Setiap Hari)


-------------------------------------------
YF : Jalan-jalan cari makan versi YF!

9 comments:

ai said...

Nampak menarik je. Nak cubalah nanti.

firzz duka said...

Sedapnya macam nak repeat lagi...

IQ = Izyan Balqis said...

sedap lahai kan makanan dia, IQ nak pergi lagi. nak rasa lamb grill dia. tak puas!

Eyqa Hasnan said...

Menarikkkk!!!

Lisa Nurulain said...

yg tepi2 tu meatball rupanya . ingtkan apa la.. hahahaha...

TATI MANSUR - WIFE SOSAB MAMA SAZSO said...

Sedapnya semua makanan yang dihidangkan tu.. InsyaAllah nak repeat lagi.. hehehe

Nina Mirza said...

Sos cheese nya memang sedap giler..!! Puashati laa... Sesuai ngan nama Restoran - Cheese Banjir
Terbaik!

azura said...

nak cuba la.smuanya nampak sedap.

MommaVogueHD Noriza Abdul Rahman said...

Melimpah ruah cheese dia...sedapnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...