Sunday, July 15, 2018

ZY PRINT PACK Pilihan Printing Anda



Kat Malaysia ni kan, ramai peniaga memberikan khidmat percetakkan atau printing yang terbaik untuk pelanggan mereka. ZY Print Pack Sdn Bhd adalah salah satu syarikat percetakkan yang tidak ketinggalan dalam memenuhi citarasa pelanggan mereka.


Jadi kali ni YF nak cerita serba sedikit tentang printing service yang disediakan oleh syarikat ini. Syarikat ni beroperasi di Bandar Puncak Alam, Selangor tau.


Sebelum YF bercerita lebih lanjut tentang printing service ni, meh YF nak share sikit pasal sejarah ZY Print Pack ni. Hahah! Tak pasal-pasal belajar sejarah ya? Okaylah! ZY Print Pack ni adalah salah satu anak syarikat ZY Phyto Group of Companies. Adalah lagi besar rupanya ya. Fuh!

Yang YF faham pasal sejarah ZY Print Pack ni, ianya bermula dengan jabatan percetakkan yang dinaungi oleh syarikat ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd yang kininya lebih dikenali sebagai ZY Manufacturing. Maknanya, ZY Print Pack mampu 'bergerak' sendiri pada November 2016 dengan menyediakan khidmat pertamanya iaitu mencetak kotak dan label. Empunya syarikat ini merupakan En. Zaidi Yusoff dan juga Puan Sharifah Ameelia Akma. Syarikat ini juga diterajui oleh Managing Director mereka iaitu En. Mahadzir Abdullah. 

Maknanya, setelah hampir dua tahun dalam printing service ni, mestilah dah banyak service yang mereka sediakan. Betul tak? Jadi, di bawah ni YF nak tunjukkan antara perkhidmatan percetakkan yang diberikan oleh syarikat ni.






Nak lagi cool, pelanggan boleh request design macam mana, bentuk macam mana, saiz macam mana. Asalkan masih dalam range kepakaran ZY Print Pack. Kalau suruh buat lain dari kepakaran diorang, garu kepala juga diorang nak settlekan, ye dok? 😂 

Kualiti yang diberikan juga berpadanan dengan teknologi yang digunakan. Haaa. Ye lah. Kalau nak print sticker atau kotak, lain mesinnya. Nak print atas botol air plastik, lain pula mesinnya. Macam bawah ni, ada 3 jenis mesin yang mereka ada tau.

T-Shirt Printing

Offset Printing

Direct Printing

Macam mana plak dengan harga? Jangan risau. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dengan khidmat dan kualiti yang diberikan. Nak tahu maklumat dengan lebih lanjut, bolehlah berkomunikasi terus dengan staff mereka. Risau-risau pun tak guna jugakan kalau tak bertanya dengan empunya syarikat. Ecewah! Hahaha! Okay2. YF bagi nombor diorang ya. Jangan mengorat plak tau. 😂


Untuk pertanyaan berkenaan dengan produk paper printing dan premium item :

En. Mahadzir Abdullah
0187828898

En. Zulkepli Yusof
0182278898

Untuk pertanyaan berkenaan dengan T-Shirt printing :

En. Rubel Aswaadi
0183178898



--------------------------------
YF : Dah boleh start survey printing ni

Tuesday, July 10, 2018

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

YF jarang sekali pakai minyak wangi ya youallls. Selalu pakai deodorant NIVEA tu je. Tapi kelmarin tersinggah Guardian. Alahai. Lemah iman dan wallet. 🤣


Jalan punya jalan dalam Guardian, ternampaklah minyak wangi Syahirah ni. Kebetulan ada sale. RM18 je tau. Harga adal tak pasti plak. May be dalam RM20 macam tu. Dah lama tak pakai perfume, ambil lah satu yang warna keunguan ni dengan redhanya sebab tak tahu lah wangian dia tu tahan lama ke tak. Warna ungu ni namanya Magnifique ya anak-anak semua. Bau sweet-sweet gitu. Lembut je. Bertambah plak dengan hasutan adik perempuan. Zassss rembat satu katanya tapi hakak dia yang bayorrr. 😭

Lepas tu, YF pakailah pergi kerja. So aktiviti tak berpeluh sangat. Duduk dalam aircond je. Dari pagi sampai petang nak maghrib tu, bau dia still ada lagi. Wehuuu. YF suka gila kot! Hahahaha! Bukan apa. Kita pun tak naklah bau diri sendiri masam macam bau budak sekolah balik rumah kan. Hahahaha. Tapi bau dia memang maintain. Walaupun tak sepekat awal pagi tu, tapi bila tiba petang, bernafas jugalah  bila bau badan sendiri kan.

Untuk YF, not bad for perfume dari drugstore. Harga murah. Wangi pun wangi. Tahan lama pun bolehlah juga kan. Pakai sikit tahan sampai petang. Tak perlu bawa perfume ke hulu ke hilir. Unless korang kerja kat site ke apa. Itu YF tak buat eksperimen lagi. 💁🏻‍♀️

Modal pun tak keluar banyak. Jimat teruks ni! Kalau pakai sorang mahu tahan 2-3 bulan. Ye lah. Bukan nak buat sebagai mandian pun. Duh! 🤦🏻‍♀️Spray sikit-sikit sudahlah. Kang ada yang tak bernafas bau perfume YF nanti sebab dari jauh dah boleh bau katanya. Hahahaah. 🤣

Korang pakai minyak wangi apa tu? 🤔


————————————————
YF : Next time nak try perfume apa plak ya?

Monday, June 11, 2018

Jimat Shopping Raya di Freeport A’Famosa Outlet Melaka

YF berkesempatan menyinggah di Freeport A’Famosa Outlet (FAO) di Alor Gajah, Melaka Sabtu lepas. Fuh. First time YF pergi tempat macam ni. Teruja habis! Ye lah. Asyik dengar dari kawan je kan. YF pun teringin juga nak pergi tengok apa yang ada kat FAO ni.





Setiba di sana sekitar jam 9.30 pagi macam tu. Tapi tempat ni pun masih belum buka lagi. Mana taknya, perjalanan hanya memakan masa dalam satu jam setengah gitu dari KL. Kira dekat jugalah kan. Tapi ada juga orang yang sampai awal dari YF dan kawan-kawan blogger yang lain tau. Haaa. Jangan memain. Semangat!

Parking yang luas antara kemudahan yang sangat penting kalau nak pergi tempat shopping kan. Ia juga disediakan untuk para pengunjung FAO ni. Free je tau. Kalau parking jauh, jangan risau, ada tempat jalan kaki yang disediakan siap berbumbung lagi. So tak adalah panas lit lit orang kata kan. Hahaha! Kalau datang lambat, gigihlah youallls nak cari parking sambil berharap ada orang balik cepat! Kikiki! Melainkan gunakan khidmat valet. InsyaAllah ada parking yang kosong. Tapi kena bayarlah ya.

Pengunjung berjalan kaki ke arah pintu masuk


Siap beratur lagi nak masuk FAO

Pemandangan dan suasana yang menarik dalam FAO ni buat YF terpegun kejap. Terus nak cari tempat yang menarik untuk ambil gambar sebagai kenang-kenangan. Siapa yang suka ambil gambar OOTD bagai tu, bolehlah kot cari port menarik untuk tambah koleksi OOTD. 😆













Posing time!

Banyak kedai yang berjenama mampu milik ada di dalam FAO ni. Tarikan sale pun tak nak kalah ya anda semua. Kiri kanan 'berperang' dengan sale dan promosi yang menarik. Jeritan batin semakin kuat. Ya Allahhh. Kuatkan hatikuuuu. Hahahaha!

Antara outlet yang ada dalam FAO ni adalah seperti Cotton On, Sembonia, Body Glove, Puma, Nike, Skechers, Carlo Rina, RC Signature, Dr. Cardin, Hardy, Li-Ning, Toy World dan banyak lagi! Semua jenama memang berbaloi kalau dimilikki. Lagi-lagi kalau beli masa sale. Boleh dapat barang berkualiti dengan harga yang lebih berbaloi kan.













Kawan-kawan bloggers yang lain pun rambang mata tengok sale di setiap premis. Semua kedai nak masuk. Kot-kot ada barang yang berkenan di hati sesuai dengan harga yang ditawarkan.

Suka dapat try kasut cantik


Pilih jangan tak pilih

RM15 je beg ni


Lucky enough?


On tak on?

Sesuai ke idok ni?


Macam syantik je


Boleh tak beli sepasang ni?


Eh, samalah!


Huish!

Comel tak beg ni?

Dah penat berjalan tu, mestilah haus dan lapar kan. Tak payah kalut cari restoran kat luar sana. Dalam FAO pun dah ada restoran seperti Marrybrown, KFC dan juga Pappa Rich. Ada juga kiosk yang menjual minuman seperti Tealive. Sayang seribu kali sayang, YF pergi time puasa. Telan air liur jugalah rasanya. Hahahaha!


Antara restoran yang ada


Walaupun FAO ni ada satu tingkat juga, pilihan kedai boleh tahan banyak.  Di bahagian ruang legar pun ada kiosk jualan. Jadi, pilihan pun semakin banyak. Dengan bantuan Floor Plan ni, bolehlah tahu kedai mana nak masuk dulu. Kalau tak, boleh try masuk dari kedai pertama hinggalah terakhir. Larat ke tu? :p



Bawa anak tapi terlupa bawa stroller? Tak mengapa. Boleh dapatkan Kiddy Trolley di bahagian Guest Service dengan harga RM10 saja. Anak-anak pun seronok dan tak penat dapat 'drive' sekitar FAO. 



Ada banyak tempat duduk yang disediakan


Shopping, shopping juga ya. Dah masuk waktu solat, bolehlah solat di surau yang disediakan. Suraunya bersih dan agak luas. Yang penting, ada cermin besar untuk perempuan. Tak perlu pergi tandas untuk pakai tudung atau pun make up. Hahaha! Itu wajib ada!

Pendek kata, FAO ni cukup sesuai untuk dikunjungi seisi keluarga ya. YF pun teringin nak datang sendiri dengan family. Mudah, luas dan selesa.


Muka manyak happy dapat shopping raya

Pada yang masih terasa ada kekurangan dalam persiapan hari raya, masih sempat lagi untuk grab sales yang sedia ada di sini. Promosi Hari Raya bermula dari 8 Jun sehingga 24 Jun 2018. Fuh. Lepas raya pun ada sale juga? Pokai woi! Hahaha!

Untuk maklumat lanjut ataupun sebarang promosi terkini, bolehlah kunjungi official account di Facebook dan juga Instagram.


Facebook : 

Instagram : 



----------------------------------------
YF : Siapa nak belanja shopping ni?




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...