Mendidik Masyarakat Dengan Kad Digital dan Mobile Apps "NGO Negaraku"

Baca je perkataan Negaraku tu, dah terngiang-ngiang kat telinga lagu Negaraku oleh Faizal Tahir. Hahahah! Memang patriotik betul rasa. Hidup Malaysia! Eh. Overlah!

Sajalah nak bagitahu kan, Sabtu lepas, aku berkesempatan pergi ke Majlis Perasmian Program Komuniti Digital "NGO Negaraku" Peringkat Parlimen Setiawangsa yang diadakan di Dewan Sri Iskandar, Setiawangsa. Program ini diterajui oleh Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa iaitu YB Dato' Ahmad Fauzi Zahari serta Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, YB Senator Datuk Seri Hj. Abdul Halim Bin Abdul Samad. Aku pun first time tahu pasal program ni tau. Gigih aku nak faham macam mana nak guna kad digital ni sebenarnya. Hahahaha.

Prinsip Program Komuniti NGO Negaraku

Kenapa aku kata kad ni boleh mendidik masyarakat? Ialah. Masyarakat boleh menggunakan kad ni dengan tujuan yang lebih berfaedah dan menguntungkan diri sendiri juga. Selain menghubungkan Kerajaan, NGO dan Ahli-ahli NGO termasuk Koperasi dalam era digital berteraskan semangat Negaraku, program ini juga boleh mengeratkan kerjasama dan memupuk semangat bantu membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar. Secara tak langsung, mendidik masyarakat untuk berbelanja secara bijak dan berhemah. 

Nampak tak simbiosis dia tu? Bukan senang tau nak lancarkan program yang boleh memanfaatkan semua pihak. Kan?

Konsep Kad Digital

Nak tahu apa kongsepnya? Boleh tengok imej kat bawah ni supaya korang boleh faham dengan senangnya! Yey!


Selain itu, kelab ini juga turut memperkenalkan Mobile App NGO Negaraku yang pada ketika ini boleh dimuat turun ke dalam telefon mudah alih yang menggunakan sistem operasi Android. Untuk pengguna iOS, janganlah merajuk plak kan. Kata Dr. Mohd Zamri Noordin yang merupakan pengasas KSP ini, untuk penggunaan mobile app, ia akan dilakukan secara berperingkat. Yakni, didahului dengan Android dahulu. Yang iOS, bawa bertenang hokeyh. Hehehe. Antara keistimewaan dan konsep Mobile App NGO Negaraku ialah :

  • Hanya pemegang Kad Digital NGO Negaraku sahaja yang boleh mengakses Mobile App NGO Negaraku untuk menikmati pelbagai tawaran pembelian barang-barangan terpilih dengan harga yang menarik dan terbaik.
  • Aplikasi pengumpulan derma dan sumbangan secara digital kepada NGO dan ahli-ahli bagi tujuan membantu satu sama lain.
  • Konsep belian diskaun yang mana pemegang kad boleh membeli barangan terpilih berdasarkan harga istimewa.
  • Penyaluran maklumat tepat daripada ahli NGO kepada ahli-ahlinya atau kepada ahli NGO lain.
  • Peluang keusahawanan kepada ahli-ahli.

Mobile App NGO Negaraku dibangunkan berfungsi untuk membentuk kerjasama dengan NGO yang lain terutamanya yang berkecimpung dalam aktiviti sosio-ekonomi menerusi jalinan usahasama dan penawaran secara berkelompok.

Nak senang cerita lah kan, dengan menggunakan kad digital ni, korang boleh shopping (dapat harga pukal walaupun beli satu je), dapat info terkini, boleh buka perniagaan secara kecil-kecilan dan yang paling awesome, korang boleh direct derma kepada pihak yang memerlukan. Tak perlu lagi pass kat orang ketiga. Jadi, tak ada alasan lagi untuk tidak menderma sebab takut kena tipu ke apa kan. Haaaa.

Dr. Mohd Zamri juga berkata program ini merupakan acara sulung yang disediakan khas untuk semua ahli NGO di Malaysia dengan keistimewaanya yang tersendiri. Ia juga dibangunkan untuk memupuk perpaduan di dalam komuniti masyarakat khususnya di kalangan ahli-ahli NGO dan Koperasi.


Macam aku cakap tadi, program ini akand dilaksanakan secara berperingkat. Jadi, untuk peringkat permulaan, sudah ada beberapa buah syarikat yang telah mengambil bahagian dalam program dengan memberikan harga yang terbaik kepada pengguna. Antaranya ialah Ez Ride, Kaspersky dan comfort reflexology.

Kad Digital NGO Negaraku


Haaa. Kat atas ni contoh kad yang bakal dimilikki oleh pengguna dan juga makna disebalik simbol yang ada pada kad ni. Nak tengok yang real punya tak? Kikikiki. Lepas habis pelancaran program ni, on the spot dapat kad ni tau. 


Cantik kan? 

Nak tahu dengan lebih lanjut lagi pasal Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) atau Kad Digital NGO Negaraku atau Mobile App NGO Negaraku ni? Haaaa. Korang boleh layari website rasmi di http://kadngonegaraku.org atau http://sahabatpersaudaraan.org

Papehal, boleh tengok video kat bawah ni untuk pemahaman korang semua. Kechawww!


------------------------------------------------------
YF : Negaraku, Negarakuuuuuu


Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?