Monday, March 26, 2018

Review Filem: Bright (2017)

YF seorang peminat filem magic thingy. Hahaha! So, pada peminat filem magic, YF nak suggest satu movie yang boleh dikatakan nice juga untuk ditonton.



BRIGHT (2017). Filem yang menerapkan semangat setiakawan dan honoured dalam badan beruniform. Sounds cliche kan? Tapi korang takkan rasa macam tu sebab dalam filem ni manusia (Ward) dan Orc (Jakoby) jadi ‘kawan’ dan merupakan partner dalam pasukan polis. Kawan ke? Haaa. Kena tengoklah movie ni dulu. Ahahaaa! Bila ada Orc ni, of course lah macam dalam fairy tale tu kan. Ada magic, ada elf

Orang gila

Konflik filem ni bermula bila ada orang gila yang tak berapa nak gila bagitahu kat polis ni ada prophecy dari dahulu kala yang akan ada seorang Orc dan manusia akan protect manusia dari kemunculan Dark Lord ni. Ala-ala illuminati gitu. 


Geng manusia

Geng Orc

Geng Bright

The Wand

Lepas tu, bila manusia, Orc, Bright (golongan elf yang mengabdikan diri kepada Dark Lord, macam filem Harry Potter plak kan 🤣) mengejar sebatang kayu sakti atau pun wand. Orang yang terpilih je boleh pegang wand tu. Gituu. Interesting kan? 





Selain daripada tu, Ward dan Jakoby ni terpaksa melindungi seorang Bright (Tikka) yang mencuri wand dari seorang lagi Bright (Leilah) yang jahat (si pengabdi setan tadi) sebab tahu akan keburukan yang bakal berlaku kalau Dark Lord masuk dalam dunia ni.

So, bila semua makhluk ni dalam satu cerita, macam-macam boleh yang berlaku ya. Unsur humor dan hambar juga ada dalam filem ni. Tapi YF ni mudah terhibur tau kawan-kawan. 😂

Lakonan bersahaja Will Smith (Ward) dan Joel Edgerton (Jakoby) tersangatlah sempoi. Macam biasa. Filem Hollywood kan, mesti ada lawan-lawan tahap Matrix tu. Flaws tu mesti ada punya. Tapi oleh kerana YF suka, YF tak kisah sangat sebab filem ni bukan ditayangkan untuk masuk Oscar Award pun. Watching for fun. 😍

The only good guys in this movie

Oh ya! Disclaimer. Filem ni mengandungi bahasa kasar dan carutan dan imej yang tak bersesuaian untuk kanak-kanak. Watch it by yourself.

Sebelum tengok full movie, boleh usha dulu TRAILER ni dulu ya?

Yang dah tengok, what do you guys think?

-----------------------------------------
YF : So, I have to trust when you are not trust me?

Sunday, March 25, 2018

Carbon Laser Untuk Merawat Kulit

Pada yang mengenali YF, maklum YF ada masalah kulit sejak dari bangku sekolah menengah lagi. Almaklumlah, dulu-dulu tak tahu sangat jaga kulit bagai ni. Sekarang, dah merasa betapa pentingnya jaga kulit untuk kekal remaja dan sihat. Gitu!


Oleh itu, YF telah mencuba rawatan Carbon Laser di Premier Clinic sebuah klinik astetik cawangan Puchong. Masuk-masuk klinik saja, disambut mesra oleh kakitangan klinik. Kawasan klinik pula kemas dan selesa tau. Rasa nervous tu hilang sikitlah kan. Sikit je tapi! 😂

Kawasan menunggu sekiranya customer ramai

Hallway klinik


Bilik menunggu sebelum consultation bersama doktor




Carbon Laser Treatment




Sebelum membuat rawatan, doktor yang bertugas di klinik akan memberikan konsultasi berkenaan masalah kulit muka. Hah! Time nilah boleh mengadu segala jenis kerungsingan dalam minda kita selama ni. Macam YF, YF ada masalah jerawat yang masih dikira sebagai aktif juga, parut jerawat yang degil gila, kusam dan ada juga kedutan-kedutan manja di sekeliling mata. Wuaaaaa! Menangis dengar. Sobsobsob! Then, doktor akan bagi suggestion kat kita jenis rawatan apa yang bersesuaian dengan kulit kita dan mengikut bajet kita sendiri.

Setelah jenis rawatan dipilih, YF dibawa ke bilik rawatan untuk bersiap sedia menerima rawatan. Segala barang peribadi akan diletakkan dalam bakul tu dan akan disimpan oleh staf klinik. Kalau nak pegang phone untuk record atau snap gambar, dibenarkan.



Sebelum rawatan dimulakan, gambar wajah kita akan diambil untuk tujuan sebelum dan selepas rawatan.




Nampak tak dot-dot putih tu, itu adalah setiap angle wajah kita akan diambil gambar

Untuk mendapatkan hasil yang efektif,  kulit muka perlulah dibersihkan dahulu. Kot-kot pakai foundation ke, sunblock/sunscreen ke, kan?


Lepas dah cuci muka, carbon akan disapu kat muka. Macam kena arang dah muka. Hahahah! 

  
 Mata ditutup dengan kapas dan penutup mata untuk mengelakkan pancaran laser terkena mata


Menanti doktor untuk melakukan rawatan

Apa Rasanya Buat Carbon Laser Treatment Ni?

Sebelum nak buat carbon laser ni, berdebar gak lah kan. Takut sakit ke apa. Tapi Dr. Michelle dah terangkan yang treatment ni tak sakit pun. Kena gigit semut sakit kan, tapi ni tak sakit lah macam kena gigit tu. Terasa sakit sikittttt je. Tak tahu nak describe macam mana lagi. Hahahah!


But worry not, masa buat rawatan laser karbon, at the same time kulit muka kita akan dihalakan dengan cooler so kulit muka kita takkan rasa burn sepanjang rawatan dijalankan.


Laser tu juga akan dihalakan ke setiap inci muka yang disapukan dengan karbon tadi. Kalau rasa bau terbakar sikit tu may be bulu roma kita terkena laser tadi, dia terbakar kat situ. Hahaha! Jangan risau, muka kita masih selamat menggunakan peralatan canggih ni.


Selepas membuat rawatan laser ni, staf klinik akan mengelap saki baki karbon yang tertinggal kat muka. Then, menyapu sunblock untuk kita meneruskan aktiviti harian kita. Yes! Lepas je buat rawatan ni, kita boleh dah buat apa saja aktiviti yang kita biasa lakukan setiap hari. Maknanya, rawatan ni tak ada downtime dia.


Apa downtime ni? Downtime ni macam kesan sampingan selepas rawatan. Macam bengkak-bengkak ke, merah-merah ke. For this treatment, no downtime! Bestkan?? Orang pun tak tahu kita baru lepas buat something kat muka kita. Hikhikhik!


Kesan dia boleh dilihat dalam sehari dua gitu. Kita akan rasa kulit kita lembut sangat. Tak ada dah nampak kusam je. Tapi untuk mendapatkan kesan yang optimum, perlu membuat rawatan ni dalam 6 kali rawatan macam tu. Ini untuk kulit YF ya. Kulit korang kena tanya doktor macam mana. Hahahah! Baru lah muka kita akan lebih cantik dan bebas jerawat!


Selepas membunuh segala jerawat, boleh dah beralih arah ke rawatan yang menghilangkan parut-parut jerawat yang degil ataupun acne scars treatment. 😎



Paling penting sekali, penjagaan kulit dengan penggunaann produk muka terutamanya moisturizer dan sunblock/sunscreen wajib pakai pada muka setiap hari ya kawan-kawan semua? Ini untuk menghalang cahaya UV daripada terus kena pada kulit kita. Secara tak langsung, melindungi wajah kita dari jeragat dan kulit warna tak sekata. Huuuu. 

Tawaran Istimewa Untuk Pembaca Blog YF

Untuk mendapatkan konsultasi, harganya RM 0.00. Hahahaha! Iyaaa! Free of charge youallss! Untuk rawatan pula, jangan lupa beritahu nama iuollls, Yulia Fajrin dan korang boleh dapatkan harga atau tawaran istimewa. 




Untuk maklumat lain termasuk senarai harga dan lain-lain rawatan di Premier Clinic, bolehlah hubungi cawangan yang berdekatan dengan rumah korang ya?



TTDI: 

31,Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000, Kuala Lumpur. 
*Same row as Pizza Hut and next to Maxis and Digi centre* 
TTDI Branch Phone No.: +603-7732 5552 
Clinic hours : Monday 10am – 3pm. Tuesday – Saturday, 10am – 7pm 
Closed: Sunday / Public Holiday 


BANGSAR: 

40, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100, Kuala Lumpur. 
*Same row as Post Office and next to Raj Banana Leaf mamak stall* 
Bangsar Branch Phone No.: +603-2282 2263 
Clinic hours : Monday, 2 – 7pm. Tuesday – Saturday, 10am – 7pm 
Closed: Sunday / Public Holiday 


PUCHONG: 

G-15, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor 
* Same row as RHB Bank and Paparich Restaurant* 
Puchong Branch Phone No.: +603-8080 3828 
Clinic hours : Monday, 2 – 7pm. Tuesday – Saturday, 10am – 7pm 
Closed: Sunday / Public Holiday 


KL CITY: 

A-0-8 Megan Avenue 1 , 189 Jalan Tun Razak , 50400 Kuala Lumpur 
*Opposite new China Embassy (China Visa application place)* 
KL City Branch Phone No.: +6018-871 9939 
Clinic hours : Monday to Sunday 10am – 7pm
Closed: Public Holiday

General Contact Details : +6012-6625552 




Email Address: contactus@premier-clinic.com


Instagram: @premier_clinic









----------------------------------------------------
YF : 

Bilik air pun cantik!



Tuesday, March 20, 2018

Menangis Tengok Filem Lee Chong Wei

Filem "Lee Chong Wei: Rise of The Legend" dah pun masuk panggung! AMARAN UNTUK PEMBACA! Mungkin ada SPOILER! ❌

Sumber : The Star

Awal-awal masuk panggung, eh, tak ada orang nak tengok ke filem ni? Sambil-sambil tengok iklan, panggung dah mula penuh. Aku boleh katakan 95% mostly Chinese.

Okay! Siapa tak kenal legendary atlet badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei. Aku yang tak tengok game sukan sangat pun kenal. Kantoi di situ! 🤣

Ya. Filem ini berdasarkan kisah beliau bagaimana beliau bertatih menjadi seorang pemain badminton Malaysia yang disegani. Awal-awal cerita dah bergenang air mata aku. 😭

Mulanya dengan tentangan bapa, tiada wang untuk beli raket, ejekan atas ejekan, kemudian dengan kesakitan lutut yang menghalang untuk bermain dengan lincah, dan akhir sekali, perlawanan menentang ‘musuh ketat’ dalam arena permainan badminton. Semuanya bermain dengan emosi. Aku tahu aku over. 😝

Tidak kurang juga dengan kasih sayang dan sokongan keluarga tercinta, persahabatan berlainan kaum, kisah cinta beliau, dan juga paling penting, saat rakyat Malaysia duduk semeja menyokong atlet ini. Aku pun rasa nak join diorang bertepuk tangan dan bersorak plak dalam filem tu kan. Hahahah! Eh! Bukan aku sorang je ek yang excited dalam panggung tu, ramai lagi yang gelak dan bertepuk tangan tau. 👏🏼


Hasil carian imej untuk filem lee chong wei
Sumber: Berita Harian

Barisan pelakon yang berjaya membawa watak masing-masing terutamanya watak Lee Chong Wei yang dilakonkan oleh Jake Eng (Lee Chong Wei versi kanak-kanak) dan Tosh Chan (Lee Chong Wei versi muda remaja - muka serupa bhai!) Aku tahu, bukan senang nak tiru watak Lee Chong Wei atau pun mana-mana figura. We have to feel them. Eceh gitu haaa. Watak Misbun Sidek, dilakonkan oleh Rosyam Nor, tak mengecewakan. Tegas betul. Hahahah! Teringat zaman dulu-dulu, gigih baca komik Anak-anak Sidek. Best kot!

Cinematography cun, kamera fokus sampai boleh nampak percikan peluh, slow motion macam filem Matrix tu, tak tak, gurau je. Hahahah! Sound tracks dalam ni pun not bad juga. Macam bunyi ala-ala filem Cina je rasanya. 

Mungkin ada flows sana sini, tapi masih boleh dimaafkan. Sebab korang akan fokus pada Lee Chong Wei saja. Aku punya perasaanlah time tu kan. Adore sangat. Dah habis pun, punggung still terpaku kat seat, sambil dengar lagu tema filem ni, Cahaya Juara nyanyian Priscilla Abby dan Nabila Razali, menyusuri kredit. Terasa semangat patriotik ditiup-tiup. Jangan sampai YF join badminton. Hahahahah! Lingkup Malaysia nanti. 😆

Hasil carian imej untuk filem lee chong wei
Penyanyi lagu tema filem : Priscilla Abby dan Nabila Razali


Akhir kata jangan lupa tepuk tangan bila dah habis tayangan ya? Hahahah! Because the movie deserves it! Yeah! 


Sebelum pergi tengok wayang tu, boleh usha dulu TRAILER dia okay?



-------------------------------------------
YF : "Datuk, macam mana nak jadi macam Datuk?"
"Lari 5 rounds dulu."

Tuesday, March 13, 2018

Bayar RM3.50 Sahaja Dah Boleh Kenyang di Restoran Nelayan Ampang

Sekiranya korang ni penduduk area Gombak, mesti pernah dengar nama Restoran Nelayan ni. Tipu lah kalau tak pernah dengar kan. Alhamdulillah, 2 minggu lepas aku berkesempatan meraikan Majlis Perasmian Restoran Nelayan  cawangan Ampang.


Lunch Paling Murah!

Kenapa aku kata lunch kat restoran ni paling murah? Lagi-lagi kalau makan kat area KL ni. Haih. Susah kot nak cari harga ni lagi dengan zaman serba serbi mahal. Iyalah. Dengan harga RM3.50 saja, perut dah boleh menyanyi kekenyangan. Poket pun tak bocor. Kah!








Kalau rasa tak nak makan kat restoran ni, boleh tapau makan kat opis. Hah. Senang hidup kan. 

Seafood Lambak Versi Restoran Nelayan

Selain daripada lunch yang murah, seafood lambak (atau nama lain yang popular shell out) juga salah satu tarikan istimewa daripada restoran ini. Dengan harga RM28.00, boleh dah makan seafood lambak dengan berselera!





 



Harga Seafood Lambak

2 pax = RM 39.90 
4 pax = RM 75.90
8 pax = RM 150.00


Steamboat Serendah RM28

 

  




  




Hah! Bermacam-macam pilihan yang boleh dibuat kalau nak makan steamboat ni. Makanlah sampai lebam orang kata. Haha! Lepas tu, sempena pelancaran restoran cawangan baru ni, ada diskaun tau. Boleh tengok gambar bawah ni.






Harga Steamboat


Dewasa = RM28
Kanak-kanak (5-11 Tahun) = RM16

Makanan Lain Yang Turut Disediakan












Kemudahan Yang Memudahkan


Kat restoran ni, ada surau, ada parking area walaupun restoran ni tepi jalan. Kalau nak buat majlis ke, corporate meeting ke, majlis kahwin ke, boleh book the whole place. Gituuu. Kalau tak nak buat kat cawangan Ampang, boleh pergi cawangan Gombak

Lagi satu, tempat ni open air tau. Boleh tengok suasana Kuala Lumpur dari Restoran Nelayan. 






Untuk pemilik MyKad, boleh mendaftar sebagai MyKad Shopper dan menggunakan MyKad tersebut untuk mendapatkan diskaun yang lebih menarik! Harga dah murah, lepas tu dapat diskaun lagi. Huntung hakak!


Sekitar Majlis Perasmian


     
  


   






Lokasi Restoran Nelayan Ampang



Zaman teknologi canggih ni, install je apps Waze/Google Map/Map, insyaAllah jumpa punya tempat ni. Hahaha. Korang Waze kedai Sri Changgong Bikers. Di sebelah kiri kedai ni, akan nampak satu lagi kedai iaitu kedai White Horse. Restoran Nelayan betul-betul kat atas kedai tu. Kedai atas tu ada signboard Crew Planet Cafe.


Restoran Nelayan Ampang

33A-1 Jalan AWF 1
Ampang Waterfront
58000 Ampang Selangor
Landmark : Crew Planet Cafe

Waktu Restoran Operasi

Selasa – Ahad (Isnin Tutup)
11am – 12 am



Facebook




Untuk Tempahan

Hubungi 011-3960 6966 / 03-61858400 / 019-2279017
atau email ke nelayangombak@gmail.com 

------------------------------------------
YF : First time makan seafood lambak (shell out)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...