Wednesday, March 7, 2018

Segmen #KBBA9 : 10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Keluarga

Masih lagi tercari-cari tempat untuk hangout dengan keluarga pada hujung minggu? Nah! YF nak kongsi 10 tempat menarik di Kuala Lumpur untuk keluarga lepak-lepak, bersenang-lenang, bersuka-ria dan sebagainya. Yang penting, PERCUMA!

1) Dataran Merdeka

Foto kredit : backpackingmalaysia


Tempat ni memang favourite aku masa kecik-kecik dulu. Hahahah! Bila ada kelapangan, siang mahu pun malam, parents aku akan bawa ke Dataran Merdeka. Kawasan yang luas dan selesa untuk kanak-kanak bermain sepuasnya.

2) Taman KLCC


Selain melihat menara berkembar KLCC yang gah di tengah Kuala Lumpur, sambil-sambil cuci mata atau window shopping di dalamnya, jangan lupa untuk singgah di tamannya pula. Baik pada siang hari mahu pun malam, pemandangannya pasti tak jemu dipandang. Gituuu.

3) Galeri Petronas

Foto Kredit : Nazreen Zainurin

Dah alang-alang sampai KLCC, Taman KLCC, apa kata singgah sebentar menikmati seni secara percuma di Galeri Petronas yang berada di Aras 3 di dalam Suria KLCC. Kalau aku pergi KLCC, mesti pergi galeri ni. Walau pun tak berseni sangat, tapi satu kepuasan tengok hasil seni orang lain. Kagum kot!

4) Hutan Simpan Bukit Nenas (Taman Eko Rimba KL)


Foto Kredit : Doan Vu Huang Minh

Yang dahagakan kehijauan hutan di tengah kota, Hutan Simpan Bukit Nenas salah satu tempat yang wajib ada dalam checklist! Kalau nak tahu, hutan ini juga lengkap dengan pelbagai kemudahan macam pondok untuk bersantai, padang permainan, tempat berkhemah dan laluan jogging. So, korang boleh lah plan nak ke sini bersama keluarga hujung minggu ni kan. 

5) Batu Caves


Hahhh. Kat sini pun cool juga kalau pergi. Boleh jogging sambil naik tangga dia yang sebanyak 272 steps. Iuolllss dah selamat naik hokeyhhhh! Overall, Batu Caves merupakan tempat yang patut korang jejak sebab kita orang Malaysia! Yeah!

6) Taman Tasik Titiwangsa


Foto Kredit : Tripadvisor

Tempat ni pun one of my favourite places yang selalu aku pergi masa kecil-kecil dulu. Hahahahha! Betul lah. Aku tak tipu. Kalau tak caya, tanya ayah aku. Haaaa. Boleh naik kereta kuda, naik kuda, tengok polis berkuda, ada playground. Hurmmmm. Indahnya masa kecil kan. Haih. Bernostalgia plak kau ya YF. Papehal pun, tempat ni memang sesuai dikunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan.

7) Muzium Tekstil Negara

Foto Kredit : Myrokan

Foto Kredit : jomjalan

Pada peminat sejarah, boleh lah mengunjungi muzium ni dan belajar asal usul pakaian tradisional yang ada dalam Malaysia ni. Bangunan saja dah berumur hampir 100 tahun lamanya. Huish. Panjang umur dia kan? Hikhikhik.

8) Muzium Bank Negara Malaysia & Galeri Seni


Foto Kredit : Museu

Dulu aku pernah jadi volunteer kat Sasana Kijang ni. Sambi-sambi tu, boleh melawat muzium dia. Best tau. Dapat tahu sejarah duit dari zaman dahulu kala lagi. Asal usul dari mana. Diperbuat dari apa. Siapa yang perkenalkan. Hahhh! Mesmerized gila time ni. Kalah budak tadika pergi muzium. Hahahahah. 

9) Perpustakaan Kuala Lumpur


Kalau rasa nak relax, apa tah lagi si ulat buku, apa kata kita singgah ke Perpustakaan Kuala Lumpur plak? Macam-macam bahan bacaan dalam library ni tau. So, sambil-sambil bersama keluarga, boleh ajar anak-anak untuk suka membaca. Betul tak?

10) Tugu Negara

Foto Kredit : ProjekTravel

Tugu Negara juga salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi. Di sini, korang boleh tahu siapa yang 'gugur' demi mempertahankan negara kita. Sambil berjalan, sambil kita mengambil iktibar atas peperangan dahulu kala. So, anak-anak kita akan lebih menghargai kebebasan yang telah dimilikki. Semangat patriotik itu perlu okay!

Yuppp! That's it for now. If nak cari lagi banyak tempat menarik sekitar Kuala Lumpur atau Lembah Klang, boleh usha WWW.KBBA9.COM untuk entri dari para bloggers Kelab Blogger Ben Ashaari. Cau cin cau!



----------------------------------------------------
YF : So, minggu ni nak pergi mana dulu?



5 comments:

Siti Yang Menaip said...

daripada 10 tempat ni dah pergi lima hehe.. okay lagi lima nak terjah. dok meronda KL tapi banyak lagi tempat2 yang tak pernah terjah. Bukit Nanas tu menarik la.. insyallah boleh pergi =)

shazillahsani.com said...

banyak juga tempat menarik area kl ni yer...hihihi

Cerita Huda said...

banyak tempat yang menarik kat KL ni yang x pernah terjah lagi dengan anak-anak. nanti nak pergi la

mas saari said...

Tugu Negara tak pernah pi lagi.

Hans said...

ada dalam 5-6 tempat dah pernah pergi dalam list nih
hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...