Tuesday, April 10, 2018

Selera Melayu Untuk Ramadhan Di Taste Cafe, Hotel Geno

Bulan puasa akan menjelang tiba. Rasa tak sabar nak sambut Ramadhan kan. YF nak bagitahu satu tempat yang menyediakan buffet sempena bulan puasa nanti. Kat mana? Haa. Tempatnya di Taste Cafe, Hotel Geno.

Kat manalah ya Hotel Geno ni? Kalau korang selalu lalu Highway Elite, pasti korang akan nampak satu bangunan yang berwarna hitam. Hah! Itulah Hotel Geno. Kelas kan warna hitam!

Hotel Geno ni sebenarnya terletak di Taman Subang Mas bersempadan dengan Shah Alam yang berdekatan dengan kawasan perindustrian Hicom. 

YF akui nilah first time YF datang sini tau. Masuk dalam je, elegen dan ekslusif. Gitu!



Suasana cafe ni warm saja. Tak kecil, tak besar. Kalau terasa nak makan ber’air-cond’, boleh makan kat dalam. Kalau nak makan bertemankan angin luar, silalah makan di luar. Pada yang Muslim, ada surau disediakan berdekatan dengan cafe. So, senanglah nak solatkan. Tak perlu nak keluar jauh-jauh semata-mata nak cari tempat solat kan. Jimat masa, tenaga dan minyak kereta. 😂









 


 

Menu Bertemakan Tradisional Melayu


Tema buffet yang diperkenalkan adalah tradisional. Sangat sesuai untuk korang yang ber’lidah’ Melayu. Pergi mana-mana, mesti nak makananan masakan Melayu.  Kalau tak, perut tak kenyanglah. Tak seleralah. Tekak tak sesuai lah. Kan? Jangan tipu hokeyhh! 🤣 Antara hidangan yang disediakan di Taste Cafe ni ialah Asam Pedas Ekor, Kari Kambing, Ikan Keli Berlado dan juga Ikan Bakar. Pelbagai ulaman, sambal dan juga ikan masin sebagai pelengkap selera tradisional. 













Sudah kenyang dengan hidangan utama, pemanis mulut atau dessert siap sedia untuk memenuhkan mulut korang tu. Mana taknya, sedap oit!







Untuk yang ingin lari sedikit dari selera tradisional, bolehlah merasa pelbagai jenis mee macam mee rebus, laksa penang, mee kari dan sebagainya.



Roti jala pun ada tau! Disua pula dengan kuah karinya, fuh!


Pilihan YF untuk kali ni, Satay yang gemuk isinya, nasi putih bersama sayuran dan Ayam Kurma. Kambing jangan lupa ya. 😍





Promosi Taste Cafe


Early Bird (dari 15 Mac - 30 Apr 2018)



Dewasa : RM88 nett

(Harga Biasa RM110 nett)



Kanak-kanak : RM44 nett

(Harga Biasa RM55 nett)



Warga Emas : RM57.20 nett
(Harga Biasa RM71.50 nett)

*kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah PERCUMA

Untuk sebarang tempahan dan keterangan lanjut :

Tel : 03-50336666



-------------------------------------------------
YF : Semarakkan Ramadhan di Hotel Geno!

1 comment:

Asyiqin said...

nampak sedap! boleh try nanti (:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...