Shopping Sakan Di Kedai Bundle

Kalau tak ada aral, insyaAllah bulan 5 nanti YF akan terbang ke Sabah untuk menawan Gunung Kinabalu. Doakan YF agar tiada halangan sebelum, semasa dan selepas trip nanti ya. Taip nama gunung pun dah nervous semacam 🤣

Untuk itu, YF perlulah menyediakan apa yang patut untuk pendakian kali ni. Banyak blog dan cerita-cerita dari pengalaman orang lain, kat puncak sana sejuk ya amat. Lagilah YF ni cuak. Hahahaha!

So, untuk penggunaan duit yang maksima, YF memilih untuk shopping di kedai bundle. Pada yang tak tahu, kedai bundle ni menjual barang-barang terpakai atau kata nama lainnya, second hand item. Sebab apa? Sebab lagi murah dan berbaloi. 😎


YF ada beli Wind breaker, jacket & sweater. Wind breaker, YF beli di Bandoru Store. Kedai dia terletak di sebelah kiri Federal Highway dan berjiran dengan kedai Al-Ikhsan. Ekslusif juga kedai dia tau. Ala-ala H & M. Tapi dia jual barang-barang bundle lah kan. YF beli wind breaker dengan harga RM40. YF rasa wind breaker ni comel. Tu yang beli. Hahahaha!

Kalau nak beli baru, paling murah dalam RM70  macam tu di Decathlon, Giant USJ 1. Soft reminder, harga-harga dalam Bandoru Store ni, agak mahal dari kedai bundle biasa sebab tempat dia yang ekslusif dan barang-barangnya diselanggara dengan kemas dan bersih. So no habuk and kotor-kotor semua tu. Kalau ada juga, may be tak boleh dibersihkan lagi. Bundle kan, please not expect something high lah.

Wind Breaker

Bahagian dalam

Untuk jacket dan sweater, YF beli kat Jalan-Jalan Japan, One City. Sweater YF beli dengan harga RM15 dan jacket, more to winter jacket I think, RM20. Murah gila kan? Tapi kat sini memang murah-murah barang dia. 

Sweater 

Bahagian dalam

Jacket

Bahagian dalam

YF nak ingatkan lagi sekali, masuk kedai bundle mesti ada barang yang ada defect, kotor dan sebagainya. So, kalau sanggup pakai, go for it. Kalau tak sanggup terima, boleh pilih alternatif lain iaitu beli pakaian baru terus. YF pun sebenarnya sangat cerewet dalam bab beli baju ni. Hahaha. Tapi kalau baju tu dalam keadaan baik, kotor sikit boleh cuci, why not kan? Boleh save duit untuk beli benda lain yang lebih penting.

Pada yang nak tahu kedai-kedai bundle lain di sekitar Shah Alam & Kuala Lumpur, bolehlah singgah ke Says.Com. Percayalah, banyak lagi kedai bundle lain yang best-best wa cakap lu!



-------------------------------------------
YF : Nervous nak naik Kinabalu


Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?