Sunday, April 29, 2018

Western & Local Delicacies Buffet Tarikan Ramadhan di Me'nate Steak Hub

Berkesempatan singgah ke Ramadhan Preview oleh Me'nate Steak Hub, cawangan Shah Alam. Dari jauh aura Ramadhan tu terasa plak. Sebab apa? Sebab time ni rasa lapar. Hahahaha! Joking hokeyh! Serius-serius nak pi mana? 😋


Masuk-masuk restoran je, indah dengan hiasannya. Macam nak sambut raya plak. Kikikiki! Makanan disediakan betul-betul macam orang nak buka puasa. Nampak waiters & chefs bertungkus lumus nak prepare makanan untuk pengunjung.


Pengunjung pun tak sabar nak tengok makanan apa yang disediakan oleh pihak restoran. Termasuklah YF. Konsep yang cuba dipertengahkan adalah hidangan buffet. Nak tahu menu tak? Fuh. Menu campur-campur sampai tengok pun terliuq!

Tema kali ini berlainan dengan tema tahun-tahun sebelumnya. Kali ini, Me'nate mengambil langkah untuk mencuba sesuatu yang baru. Biasa kalau nak berbuka, restoran akan sediakan masakan Melayu, kuih tradisional dan seangkatan dengannyalah! Tahun ini, Menate memilih untuk mix dengan western style.

Western & Local Delicacies Buffet

Pelbagai menu yang diketengahkan oleh pihak Me'nate untuk tahun ni. Dengan mee gorengnya, nasi berianinya, kambingnya, ayamnya, rusanya. Eh! Rusa pun ada ke? Betul. Rusa pun ada tau! 

Daging rusa











Pabila masakan Melayu diselangi dengan western food, fuh! Sampai tak tahu nak makan mana dulu. Hiks!





Tak nak makan berat-berat? Jangan risau, sandwich ada, salad pun ada.






Pencuci mulut jangan dilupakan ya?








Nak minum air sejuk ke, air manis ke air panas? You choose!


 

Pilihan YF untuk kali ini. Amacam? Habis tak ni? InsyaAllah habis daaaa. semua masuk dalam perut! Teringat dia punya spaghetti and mushroom soup, sedap woi! Lamb Syabu dia pun sedap. Ermm. Terliuq!



Dengan muka bare facenya, kenyang juga kan?

Harga Pakej Buffet Ramadhan di Me’nate Steakhub

Dewasa : RM 79.90
Kanak-kanak : RM 39.90

Harga pakej ini bermula dari pukul 6.30 petang sehingga 8.30 malam. Tema kali ini pula sesuai dengan harga yang ditawarkan tau. 2 in 1 gitu.

Kalau nak makan steak dia yang famouzzz tu, bolehlah datang 8.30 malam sehingga 11.00 malam. Kalau nak makan bedal menu berbuka puasa dengan menu selepas berbuka puasa pun, okay gak tu kan. Tapi kena puasa malam sekali untuk esoknya. Hahahaha!

Untuk pertanyaan lanjut, silalah hubungi nombor telefon di bawah dan layari Facebook Me'nate :


Cik Aidah : +6012-2944425
En. Farid : +6011-27058455



Iklan, YF sempatlah bergambar dengan duta Me'nate, Nabil Ahmad. 😍




1 comment:

Asyiqin said...

sedapnya semua menu dia.. !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...