Monday, June 11, 2018

Jimat Shopping Raya di Freeport A’Famosa Outlet Melaka

YF berkesempatan menyinggah di Freeport A’Famosa Outlet (FAO) di Alor Gajah, Melaka Sabtu lepas. Fuh. First time YF pergi tempat macam ni. Teruja habis! Ye lah. Asyik dengar dari kawan je kan. YF pun teringin juga nak pergi tengok apa yang ada kat FAO ni.





Setiba di sana sekitar jam 9.30 pagi macam tu. Tapi tempat ni pun masih belum buka lagi. Mana taknya, perjalanan hanya memakan masa dalam satu jam setengah gitu dari KL. Kira dekat jugalah kan. Tapi ada juga orang yang sampai awal dari YF dan kawan-kawan blogger yang lain tau. Haaa. Jangan memain. Semangat!

Parking yang luas antara kemudahan yang sangat penting kalau nak pergi tempat shopping kan. Ia juga disediakan untuk para pengunjung FAO ni. Free je tau. Kalau parking jauh, jangan risau, ada tempat jalan kaki yang disediakan siap berbumbung lagi. So tak adalah panas lit lit orang kata kan. Hahaha! Kalau datang lambat, gigihlah youallls nak cari parking sambil berharap ada orang balik cepat! Kikiki! Melainkan gunakan khidmat valet. InsyaAllah ada parking yang kosong. Tapi kena bayarlah ya.

Pengunjung berjalan kaki ke arah pintu masuk


Siap beratur lagi nak masuk FAO

Pemandangan dan suasana yang menarik dalam FAO ni buat YF terpegun kejap. Terus nak cari tempat yang menarik untuk ambil gambar sebagai kenang-kenangan. Siapa yang suka ambil gambar OOTD bagai tu, bolehlah kot cari port menarik untuk tambah koleksi OOTD. 😆













Posing time!

Banyak kedai yang berjenama mampu milik ada di dalam FAO ni. Tarikan sale pun tak nak kalah ya anda semua. Kiri kanan 'berperang' dengan sale dan promosi yang menarik. Jeritan batin semakin kuat. Ya Allahhh. Kuatkan hatikuuuu. Hahahaha!

Antara outlet yang ada dalam FAO ni adalah seperti Cotton On, Sembonia, Body Glove, Puma, Nike, Skechers, Carlo Rina, RC Signature, Dr. Cardin, Hardy, Li-Ning, Toy World dan banyak lagi! Semua jenama memang berbaloi kalau dimilikki. Lagi-lagi kalau beli masa sale. Boleh dapat barang berkualiti dengan harga yang lebih berbaloi kan.













Kawan-kawan bloggers yang lain pun rambang mata tengok sale di setiap premis. Semua kedai nak masuk. Kot-kot ada barang yang berkenan di hati sesuai dengan harga yang ditawarkan.

Suka dapat try kasut cantik


Pilih jangan tak pilih

RM15 je beg ni


Lucky enough?


On tak on?

Sesuai ke idok ni?


Macam syantik je


Boleh tak beli sepasang ni?


Eh, samalah!


Huish!

Comel tak beg ni?

Dah penat berjalan tu, mestilah haus dan lapar kan. Tak payah kalut cari restoran kat luar sana. Dalam FAO pun dah ada restoran seperti Marrybrown, KFC dan juga Pappa Rich. Ada juga kiosk yang menjual minuman seperti Tealive. Sayang seribu kali sayang, YF pergi time puasa. Telan air liur jugalah rasanya. Hahahaha!


Antara restoran yang ada


Walaupun FAO ni ada satu tingkat juga, pilihan kedai boleh tahan banyak.  Di bahagian ruang legar pun ada kiosk jualan. Jadi, pilihan pun semakin banyak. Dengan bantuan Floor Plan ni, bolehlah tahu kedai mana nak masuk dulu. Kalau tak, boleh try masuk dari kedai pertama hinggalah terakhir. Larat ke tu? :p



Bawa anak tapi terlupa bawa stroller? Tak mengapa. Boleh dapatkan Kiddy Trolley di bahagian Guest Service dengan harga RM10 saja. Anak-anak pun seronok dan tak penat dapat 'drive' sekitar FAO. 



Ada banyak tempat duduk yang disediakan


Shopping, shopping juga ya. Dah masuk waktu solat, bolehlah solat di surau yang disediakan. Suraunya bersih dan agak luas. Yang penting, ada cermin besar untuk perempuan. Tak perlu pergi tandas untuk pakai tudung atau pun make up. Hahaha! Itu wajib ada!

Pendek kata, FAO ni cukup sesuai untuk dikunjungi seisi keluarga ya. YF pun teringin nak datang sendiri dengan family. Mudah, luas dan selesa.


Muka manyak happy dapat shopping raya

Pada yang masih terasa ada kekurangan dalam persiapan hari raya, masih sempat lagi untuk grab sales yang sedia ada di sini. Promosi Hari Raya bermula dari 8 Jun sehingga 24 Jun 2018. Fuh. Lepas raya pun ada sale juga? Pokai woi! Hahaha!

Untuk maklumat lanjut ataupun sebarang promosi terkini, bolehlah kunjungi official account di Facebook dan juga Instagram.


Facebook : 

Instagram : 



----------------------------------------
YF : Siapa nak belanja shopping ni?




2 comments:

saidila abdul rahman said...

kena kumpul duit raya nih nak beli jaket levis .....

Izyan Balqis said...

seronok shopping dekat FAO, rambang mata! lain kali nak pergi lagi. kumpul duit dan pergi shopping. hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...