ZY PRINT PACK Pilihan Printing Anda



Kat Malaysia ni kan, ramai peniaga memberikan khidmat percetakkan atau printing yang terbaik untuk pelanggan mereka. ZY Print Pack Sdn Bhd adalah salah satu syarikat percetakkan yang tidak ketinggalan dalam memenuhi citarasa pelanggan mereka.


Jadi kali ni YF nak cerita serba sedikit tentang printing service yang disediakan oleh syarikat ini. Syarikat ni beroperasi di Bandar Puncak Alam, Selangor tau.


Sebelum YF bercerita lebih lanjut tentang printing service ni, meh YF nak share sikit pasal sejarah ZY Print Pack ni. Hahah! Tak pasal-pasal belajar sejarah ya? Okaylah! ZY Print Pack ni adalah salah satu anak syarikat ZY Phyto Group of Companies. Adalah lagi besar rupanya ya. Fuh!

Yang YF faham pasal sejarah ZY Print Pack ni, ianya bermula dengan jabatan percetakkan yang dinaungi oleh syarikat ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd yang kininya lebih dikenali sebagai ZY Manufacturing. Maknanya, ZY Print Pack mampu 'bergerak' sendiri pada November 2016 dengan menyediakan khidmat pertamanya iaitu mencetak kotak dan label. Empunya syarikat ini merupakan En. Zaidi Yusoff dan juga Puan Sharifah Ameelia Akma. Syarikat ini juga diterajui oleh Managing Director mereka iaitu En. Mahadzir Abdullah. 

Maknanya, setelah hampir dua tahun dalam printing service ni, mestilah dah banyak service yang mereka sediakan. Betul tak? Jadi, di bawah ni YF nak tunjukkan antara perkhidmatan percetakkan yang diberikan oleh syarikat ni.






Nak lagi cool, pelanggan boleh request design macam mana, bentuk macam mana, saiz macam mana. Asalkan masih dalam range kepakaran ZY Print Pack. Kalau suruh buat lain dari kepakaran diorang, garu kepala juga diorang nak settlekan, ye dok? 😂 

Kualiti yang diberikan juga berpadanan dengan teknologi yang digunakan. Haaa. Ye lah. Kalau nak print sticker atau kotak, lain mesinnya. Nak print atas botol air plastik, lain pula mesinnya. Macam bawah ni, ada 3 jenis mesin yang mereka ada tau.

T-Shirt Printing

Offset Printing

Direct Printing

Macam mana plak dengan harga? Jangan risau. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dengan khidmat dan kualiti yang diberikan. Nak tahu maklumat dengan lebih lanjut, bolehlah berkomunikasi terus dengan staff mereka. Risau-risau pun tak guna jugakan kalau tak bertanya dengan empunya syarikat. Ecewah! Hahaha! Okay2. YF bagi nombor diorang ya. Jangan mengorat plak tau. 😂


Untuk pertanyaan berkenaan dengan produk paper printing dan premium item :

En. Mahadzir Abdullah
0187828898

En. Zulkepli Yusof
0182278898

Untuk pertanyaan berkenaan dengan T-Shirt printing :

En. Rubel Aswaadi
0183178898



--------------------------------
YF : Dah boleh start survey printing ni

Comments

Nadia Johari said…
bagusnya, macam-macam dia print dia..memang one stop business centre betul

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?