Peek-a-Box Surprise Yang Berbaloi!


Sebelum memulakan bicara, YF ingin menyatakan terima kasih kepada Ben Ashaari, founder Kelab Blogger Ben Ashaari dan MATIC untuk kerjasama mengadakan bengkel Personaliti yang turut menjemput Puan Azie Sam pada tahun 2018 ni.


Untuk Part 1, korang bolehla tengok kat SINI ya. 😎


Sebelum bengkel Part 2 dimulakan, semua peserta menjamah lunch dari Nurul Catering. Sedap woooo! Lepas tu, solat lah kita di surau yang disediakan oleh MATIC. Agak besar dan selasa. YF suka!


Credit to Kak Ayue Jean





Bengkel Kecantikan bersama Peekabox Beauty Box



Bengkel kali ini lebih kepada produk kecantikan dan make up. So, more to womanlah. Yang lelaki tu, boleh je tengok untuk general knowledge. Kot-kot nak share dengan makwe ke, isteri ke, mak ke, adik perempuan ke. Tak kisah ya. 😛


Bengkel untuk sesi petang diterajui oleh Puan Shuhada Alauddin. Orangnya pun cantik belaka. Sama macam Puan Azie masa sesi pagi. 😍

Puan Shuhada bersama Khai Azwan dan Zurhanna
Credit to Kak Ummi Nani



Credit from Kecik's Blog



Sesiapa yang sedang tercari-cari apa yang dihadiahkan kepada orang dengan cara lain daripada yang lain, boleh try untuk beli Peek A Box ni. Kalau beli untuk diri sendiri pun tiada masalah. Sebab konsep dia, setiap bulan, isinya akan berlainan. Kiranya korang takkan tahu apa yang ada dalam kotak tu. 

Founder Peek A Box akan bagi teaser juga kat Instagram diorang, tapi still, it will be a surprise to their customers. Haaa! Menarik kan? Ia lebih kepada miniature atau pun taster sebelum korang nak beli saiz yang lebih besar. Ia juga salah satu cara untuk mempromosikan produk terbaru daripada founder yang terlibat. Satu kotak berharga dalam RM150.00. Tapi korang boleh langgan Peek A Box dengan RM59.00 sekotak. Murah gila kan?

Bawah ni YF share unboxing video:



Selain dari medium Instagram, korang boleh juga dapatkan kotak ni melalui Shopee! Kot-kot kat Shopee ada promotion ke kan. 


Selain memperkenalkan kotak kecantikan, team Peek A Box turut berkongsi ilmu cara-cara membuat Lip Balm dan Face Mist secara DIY! Ya ampunnn. Senang gila kot. Semua bahan pun mudah untuk diperolehi kat kedai runcit atau pun pasar  borong.


DIY Lip Balm


Bahan

  • cocoa butter, pewarna, vaseline, air mendidih, madu asli


Cara

  • Panaskan cocoa butter sehingga cair di dalam air mendidih tadi, campurkan sedikit vaseline kemudian letakkan sedikit pewarna atau madu ke dalam campuran tadi
  • Dikacau sehingga sebati kemudian dibiarkan sejuk di dalam bekas yang sesuai



DIY Face Mist


Bahan


  • Air minuman atau pun drinking water (wajib drinking water ya), rose water, madu asli dan essential oil


Cara
  • Campurkan drinking water bersama rose water, kemudian masukkan sekali madu dan essential oil
  • Untuk sukatan drinking water, pastikan ia dua kali ganda dari jumlah rose water
  • Masukkan ke dalam botol yang sesuai



Gigih semua buat DIY
Credit from Kecik's Blog




Selepas sesi DIY, last session was Make Up dan tudung tutorial plak. Make Up Artist (MUA) kita iaitu Khai Azwan dan juga model beliau, Zurhanna. 


Credit to Kak Izyan

Sambil make up, MUA ni akan share tips yang berkaitan make up dan ada juga sesi soal jawab bersama peserta bengkel. Lepas make up, MUA ada tunjuk satu tutorial tudung yang simple dan senang untuk digayakan.

Credit to Kecik


Kesimpulannya di sini, nak make up, kena rajin-rajin tengok tutorial dan research ya. Kena tengok jenis kulit, warna kulit, brand apa yang sesuai dan sebagainya. Baru lah make up tu on point orang kata. I like make up yang on point. Begitu juga dengan gaya tudung, kat Youtube atau pun Instagram banyak gila orang share tutorials. Semua cantik-cantik tau.😜

Okay, sudahlah tu membebel. Tunggu next time plak. Hahaha. Sekali lagi, terima kasih yang tak terhingga kepada semua penaja dan peserta yang terlibat sepanjang bengkel diadakan pada hari itu. You guys were awesome!




Tempat

Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
03-9235 4800


Kotak Kecantikan



Makan Tengahari

Email : enquiry@nurulizzahcatering.com.my
No 94, Jalan Tempias, Kampung Tengah A, 47150, Puchong Selangor
013-3408944


Make Up Artist (MUA)

013-3667460


Model





------------------------------------
YF : Bila nak jadi cantik pun tak tahu 😁

Comments

Izyan Balqis said…
mana part yulia dimekapkan? heeee
ai said…
Best dapat join bengkel ni.
YB Shehan said…
beruntung sangat dapat join kelas nih..

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?