Tuesday, March 20, 2018

Menangis Tengok Filem Lee Chong Wei

Filem "Lee Chong Wei: Rise of The Legend" dah pun masuk panggung! AMARAN UNTUK PEMBACA! Mungkin ada SPOILER! ❌

Sumber : The Star

Awal-awal masuk panggung, eh, tak ada orang nak tengok ke filem ni? Sambil-sambil tengok iklan, panggung dah mula penuh. Aku boleh katakan 95% mostly Chinese.

Okay! Siapa tak kenal legendary atlet badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei. Aku yang tak tengok game sukan sangat pun kenal. Kantoi di situ! 🤣

Ya. Filem ini berdasarkan kisah beliau bagaimana beliau bertatih menjadi seorang pemain badminton Malaysia yang disegani. Awal-awal cerita dah bergenang air mata aku. 😭

Mulanya dengan tentangan bapa, tiada wang untuk beli raket, ejekan atas ejekan, kemudian dengan kesakitan lutut yang menghalang untuk bermain dengan lincah, dan akhir sekali, perlawanan menentang ‘musuh ketat’ dalam arena permainan badminton. Semuanya bermain dengan emosi. Aku tahu aku over. 😝

Tidak kurang juga dengan kasih sayang dan sokongan keluarga tercinta, persahabatan berlainan kaum, kisah cinta beliau, dan juga paling penting, saat rakyat Malaysia duduk semeja menyokong atlet ini. Aku pun rasa nak join diorang bertepuk tangan dan bersorak plak dalam filem tu kan. Hahahah! Eh! Bukan aku sorang je ek yang excited dalam panggung tu, ramai lagi yang gelak dan bertepuk tangan tau. 👏🏼


Hasil carian imej untuk filem lee chong wei
Sumber: Berita Harian

Barisan pelakon yang berjaya membawa watak masing-masing terutamanya watak Lee Chong Wei yang dilakonkan oleh Jake Eng (Lee Chong Wei versi kanak-kanak) dan Tosh Chan (Lee Chong Wei versi muda remaja - muka serupa bhai!) Aku tahu, bukan senang nak tiru watak Lee Chong Wei atau pun mana-mana figura. We have to feel them. Eceh gitu haaa. Watak Misbun Sidek, dilakonkan oleh Rosyam Nor, tak mengecewakan. Tegas betul. Hahahah! Teringat zaman dulu-dulu, gigih baca komik Anak-anak Sidek. Best kot!

Cinematography cun, kamera fokus sampai boleh nampak percikan peluh, slow motion macam filem Matrix tu, tak tak, gurau je. Hahahah! Sound tracks dalam ni pun not bad juga. Macam bunyi ala-ala filem Cina je rasanya. 

Mungkin ada flows sana sini, tapi masih boleh dimaafkan. Sebab korang akan fokus pada Lee Chong Wei saja. Aku punya perasaanlah time tu kan. Adore sangat. Dah habis pun, punggung still terpaku kat seat, sambil dengar lagu tema filem ni, Cahaya Juara nyanyian Priscilla Abby dan Nabila Razali, menyusuri kredit. Terasa semangat patriotik ditiup-tiup. Jangan sampai YF join badminton. Hahahahah! Lingkup Malaysia nanti. 😆

Hasil carian imej untuk filem lee chong wei
Penyanyi lagu tema filem : Priscilla Abby dan Nabila Razali


Akhir kata jangan lupa tepuk tangan bila dah habis tayangan ya? Hahahah! Because the movie deserves it! Yeah! 


Sebelum pergi tengok wayang tu, boleh usha dulu TRAILER dia okay?



-------------------------------------------
YF : "Datuk, macam mana nak jadi macam Datuk?"
"Lari 5 rounds dulu."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...