Posts

Showing posts from March 25, 2018

Carbon Laser Untuk Merawat Kulit

Image
Pada yang mengenali YF, maklum YF ada masalah kulit sejak dari bangku sekolah menengah lagi. Almaklumlah, dulu-dulu tak tahu sangat jaga kulit bagai ni. Sekarang, dah merasa betapa pentingnya jaga kulit untuk kekal remaja dan sihat. Gitu! Oleh itu, YF telah mencuba rawatan Carbon Laser di Premier Clinic sebuah klinik astetik cawangan Puchong. Masuk-masuk klinik saja, disambut mesra oleh kakitangan klinik. Kawasan klinik pula kemas dan selesa tau. Rasa nervous tu hilang sikitlah kan. Sikit je tapi! 😂 Kawasan menunggu sekiranya customer ramai Hallway klinik Bilik menunggu sebelum consultation bersama doktor Carbon Laser Treatment Sebelum membuat rawatan, doktor yang bertugas di klinik akan memberikan konsultasi berkenaan masalah kulit muka. Hah! Time nilah boleh mengadu segala jenis kerungsingan dalam minda kita selama ni. Macam YF, YF ada masalah jerawat yang masih dikira sebagai aktif juga, parut jerawat yang degil gila, kusam