Tuesday, February 5, 2019

Polish Kereta Mampu Bayar dengan KBO Car Wash

Assalamualaikum!

Selama beberapa minggu ni, YF sempatlah search online mana-mana carwash yang bagi servis murah-murah dan mantap kan. Nak jadikan cerita, terjumpalah satu profile kat Instagram, nama dia KBOCARWASH. Dia punya offer pun macam ngam lah juga kan dengan YF punya tahap kewangan. Gitu.

Jadi ceritanya, gigihlah cari masa dan hari yang sesuai nak bersihkan kereta YF, alhamdulilah masa cuti umum ni diorang tak join cuti sekali. Tadi sempatlah pergi bawa Charming (nama manja kereta YF) gi make over. Hahaha! Dah macam rupa apa kereta YF tu. Macam tak cuci setahun dah. Sedih!

Apa servis yang YF pilih tadi? 

Polish : RM80
Wax : RM40
Wax Dashboard : RM6
Nano Mist : RM20
Engine Wash : RM10
Car Wash & Vacum : Free
TOTAL : RM156

Tak sempat nak tangkap gambar sebelum dan selepas. Hahaha! Excited sangat kan nak cuci kereta, macam tu lah gayanya. Lepas dah siap semua, kereta berkilat, karpet bersih staf dia vacum,  dashboard pun berkilat juga lepas guna wax, buat nano mist tu dengan harapan segala semut, lipas (kalau ada) atau apa-apa je lah jenis binatang ya, supaya nyahlah dari kereta YF. Hasilnya, kaachinggg!

Selepas di polish, berkilat!


Bersihkan?

Sorang polish, sorang lap, sorang vacum

Servis less than 2 hours. Sebab yang buat dalam 2 atau 3 orang, jadi tak lah lama sangat duduk kat situ. Lebih kurang 1 jam lebih jugalah, YF dah dapat kunci kereta balik. YF macam, eh, siap dah? Hahaha!

YF rasa owner dia perempuan. Kot. Sebab DM and Whatsapp, sistur tu yang balas kalau tak silap. Hahaha. Tak dan lah nak borak dengan sistur tu. Sebab tengok dia tolong-tolong sikit buat apa yang patut dengan staf yang lain. YF dengan tak berapa nak sihat sangat dengan batuk & selsemanya. Tak selesa nak bercakap. 😷 Kaki YF dah lenguh berdiri kat tepi tiang, jadi YF duduklah kat kaki lima bangunan Ole-Ole tu. Hahaha. Mungkin sistur tu ternampak YF duduk macam tu, dia pun offer bagi kerusi. Terima kasih!

Kalau korang rasa tak puas hati atau nak tanya sesuatu berkenaan servis, korang boleh je cakap dengan sistur tu atau staf yang ada kat situ, diorang boleh tolong semampunya. 

Kemain YF cerita ya, tempat tak nak bagitahu ke kat mana? Uhuks! Sabar, nak bagitahulah ni. 😎

Lot 1-10, Ground Floor, Ole-ole Shopping Centre,
No. 7, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, Shah Alam.
Instagram | KBOCARWASH  
Whatsapp | 017-9147773

Itu alamat dia. Kalau ikutkan landmark, tempat dia betul-betul belakang bangunan Ole-ole tu. Jadi, bila korang nampak papan tanda MR. DIY, korang kena belok kiri, lepas tu belok kiri lagi untuk masuk parking ke belakang bangunan Ole-ole tu. Carwash dia betul-betul kat hujung jalan. YF pun pusing dua kali tadi. Hahaha! 😝

Ada lagi servis yang KBO Car Wash ni sediakan, bolehlah jenguk Instagram dia atau pun terus je Whatsapp ke nombor yang YF bagi tadi. InsyaAllah memang fast reply

Kalau korang dah pergi, boleh lah komen kat bawah ya? 🙏

-------------------------------------------------
YF : Kat mana nak cari aksesori kereta murah-murah? 



Tuesday, January 15, 2019

EKSPO HALAL MALAYSIA 2019: BATU LONCATAN UNTUK PENIAGA KECIL & SEDERHANA

Assalamualaikum!


Sebagai seorang Muslim, YF dapat simpulkan bahawa status halal sangat dekat dengan diri kita. Di Malaysia, kita tidak lari dari ura-ura ataupun khabar angin mengenai keraguan status halal sesuatu makanan atau restoran di negara kita ni. Tidak kisahlah makanan itu sedap ke, diterbangkan dari negara luar ke, makan di restoran mewah mahupun gerai tepi jalan, itu bukanlah sebab untuk kita mengabaikan status halal. Betul tak?


Di zaman yang mementingkan perniagaan sebagai sumber pendapatan utama, ramai Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berlumba-lumba untuk mengeluarkan pelbagai jenis makanan, minuman mahupun perkhidmatan untuk menarik minat pembeli khususnya pelanggan yang rata-ratanya adalah Muslim. Oleh itu, bagaiman mereka-mereka ini ingin mengetengahkan dan meyakinkan pengguna bahawa produk mereka selamat dan halal untuk digunakan?




Nah! Kementerian Pembangunan Usahawan dengan kerjasama agensinya, SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Ekspo Halal Malaysia 2019 dengan mempromosikan 320 usahawan ini terutamanya yang mampu mengeluarkan produk export-ready yang melibatkan enam bidang iaitu :

1) makanan dan minuman (F & B)
2) bahan ramuan
3) bioteknologi
4) kosmetik
5) penjagaan kesihatan
6) farmaseutikal serta logistik


Bila agaknya ekspo ini? Tak lama dah tarikhnya. Ekspo ini bakal berlangsung selama 3 hari berturut-turut bermula dari 24 Januari 2019 (Khamis) sehingga 26 Januari 2019 (Sabtu). 


Macam mana syarikat dari Jepun ni nak tahu produk PKS itu sesuai atau tidak dengan pasaran mereka? Hah! Sesi business matching nilah jawapannya. Terdapat sekurang-kurangnya 10 buah syarikat daripada Jepun akan bekerjasama dengan PKS dan semestinya ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan.


Selain pameran dan booth yang disediakan, ada beberapa sesi yang menarik di ekspo ni contohnya seperti di bawah :

> 5 sesi Pocket Talk
> 3 sesi forum
> 2 sesi singgah santai selebriti (Fara Fauzana & Faizal Ismail in the house!)


Selain promosi, pameran dan sesi perkongsian maklumat, penyampaian Anugerah Cabaran Inovasi Islam turut diadakan untuk memberi penghargaan kepada PKS yang berinovasi dalam industri halal. PKS juga berpeluang untuk mempelajari tentang keperluan atau peraturan untuk eksport produk-produk mereka ke Jepun dan menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan pasaran Halal global.  


Malaysia Ke Jepun Untuk Olimpik 2020


Ekspo kali ini dengan tema "Malaysia ke Jepun Untuk Olimpik 2020" memberi peluang kepada PKS Malaysia untuk mengeksport produk dan perkhidmatan halal mereka ke negara matahari terbit itu. Umpama sambil menyelam minum air, mereka juga berpeluang ke Sukan Olimpik & Paralimpik Tokyo 2020 (Tokyo 2020) untuk tujuan perdagangan dan rangkaian yang luas yang terdapat di pasaran Halal Jepun yang menarik dan terus berkembang, yang pastinya didorong oleh Tokyo 2020. Ni betul-betul batu loncatan buat PKS kita.


Pra Pelancaran Ekspo Halal Malaysia 2019 telahpun disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan pada 8 Januari 2019 (Selasa). Berikut merupakan sekitar Pra Pelancaran Ekspo Halal Malaysia 2019 :













Jadi, tunggu apa lagi? Please save the date on you calendar! Nanti terlupalah, apalah. Melepas pula nanti. Nak ulang lagi tarikhnya? Ish ish ish. Tarikhnya bermula 24 Januari 2019 (Khamis) sehingga 26 Januari 2019 (Sabtu) bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre ya kawan-kawan semua. Jangan sesat atau salah tempat pula tau?


EKSPO HALAL MALAYSIA 2019 akan dibuka seperti di bawah :

Kepada trade visitor 24 hingga 26 Januari 2019
9.00 pagi - 6.00 petang (Khamis-Sabtu)

Kepada lawatan umum pada 26 Januari 2019
9.00 pagi- 6.00 petang (Sabtu)


Jangan tak tahu, untuk menyertai ekspo ini bukanlah semborono saja ya. Ada syaratnya. Syaratnya, kena ada SIJIL HALAL dari JAKIM. Dah nama pun EKSPO HALAL MALAYSIA kan, mestilah kena ada sijil halal, ye tak? Anda dah ada sijil halal ke tu? 😎


YF dah kongsikan sedikit sebanyak info berkenaan ekspo ini. Kalau nak lebih lanjut lagi, bolehlah layari lawan sesawang www.halal-expo.my.

-------------------------------------------------------------------------------------
YF : Serbu!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...