Jom Kongsi Rezeki Dengan Applikasi Oh! Free Food

Assalamualaikum!

Rasanya belum terlambat YF nak ucapkan Selamat Berpuasa pada semua pembaca blog YF, khususnya yang beragama Islam. Jangan curi-curi makan tau? Ihiks!

Okaylah. Bulan puasa ni sangat sinonim dengan syurga makanannya. Kat bazaar tu, rasa macam nak beli semuakan. Kalau tak beli pun, mesti dari Subuh lagi, dah fikir siap-siap nak masak lauk apa untuk berbuka nanti. Tup tup, terlebih masak. Ish ish ish! Mesti ada makanan yang tak terusik pun selepas berbuka. Kan dah membazir namanya tu?


Hah! Nak elakkan daripada terus membazir, apa kata kita berkongsi rezeki makanan yang berlebihan dan masih elok tu kepada orang sekeliling kita. Betul tak? Nak lagi senang, kita kongsi rezeki kita tu dengan menggunakan aplikasi Oh! Free Food. Applikasi apa tu?

Konsep Oh! Free Food

Bagi YF, aplikasi ini merupakan satu cara untuk kita memberi dan bersedekah kepada orang yang lebih memerlukan atau berada dalam kesusahan. Kita selalu bersedekah dengan memberikan duit kepada orang di kaki lima atau sewaktunya. Tapi dengan aplikasi ini, kita boleh memberikan makanan berlebihan atau pun sudah tidak diperlukan lagi yang ada di rumah untuk disedekahkan. 


Selain daripada itu, kita juga boleh mendapatkan makanan yang ada di dalam aplikasi ini sekiranya kita terdesak atau pun berada dalam kesulitan. Iyalah, keadaan kita ni pun kita tak jangka apa yang boleh berlaku kan. Jadi, kita boleh meminta makanan yang ada di dalam aplikasi ini bergantung kepada keperluan kita. Bagus sangat kan?

Jadi, apa tunggu lagi tu? Cuba korang tengok bawah tudung saji ke, bilik stor ke, peti sejuk ke kot-kot ada lebihan makanan yang boleh dikongsikan.

Lepas tu, korang boleh muat turun aplikasi ini melalui Apple Store ataupun Google Play :


  • Muat turun di Apple Store
  • Muat turun di Google Play


  • Cara nak menggunakan applikasi ni pun senang saja.


    • Pilih Share A Food
    • Klik ikon New Photo dan seterusnya tangkap gambar atau pilih gambar yang sesuai


    • Taip nama makanan yang ingin diberikan
    • Pilih status makanan
    • Pilih kategori makanan



    • Tetapkan tarikh dan masa makanan dimasak ataupun dibeli
    • Jelaskan keadaan makanan
    • Taip jumlah makanan yang ingin diberikan
    • Tentukan jumlah penerima makanan
    • Jelaskan penerima akan menerima makanan apa
    • Pilih cara untuk memberikan makanan tersebut
    • Klik Post It!



    • Untuk mengetahui status makanan, boleh klik pada ikon Request & Post Status



    Dengan penerima pemberian YF 😍




    Jadi, YF sangat menggalakkan agar korang semua boleh menyebarkan tentang aplikasi ni pada keluarga, saudara mara, jiran tetangga mahupun sahabat handai, gituuu. Lagi banyak kita memberi, insyaAllah, lebih banyak lagi kita menerima. 

    Sekiranya korang nak tahu dengan lebih lanjut tentang aplikasi ni, bolehlah layari di :

    Laman web rasmi


    Facebook


    Instagram




    ----------------------------------------------------
    YF : Kurangkan pembaziran makanan, lebihkan manis dalam senyuman 😊


    Comments

    Popular posts from this blog

    Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

    Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

    Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?