Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Happy Meal Menggamit Memori

Assalamualaikum & salam sejahtera guys!

Siapa pembaca blog YF suka sangat dengan Happy Meal? Ya ya! Mainan dia tu. Hahaha! Pada 28hb November 2019 nanti, korang bakal menemui kejutan dalam Happy Meal tu nanti tau. Apa kejutannya tu? Jeng jeng jeng! 😎

Gambar dari ClickTheCity


Kejutannya adalah McDonald's akan menggamit memori zaman dulu-dulu yang mana mainan ikonik McDonald's akan muncul kembali sempena sambutan ulang tahun ke-40 Happy Meal! Yeah! Yang pastinya, bukan anak-anak yang bakal beratur panjang di kaunter McD nanti, tapi mak bapak yang beratur nanti. Yeah of course, beratur bersama anak-anak. Alasan je tuh. 😂

Sebanyak 14 mainan ikonik yang bakal dibawa semula ke dalam Happy Meal dan Happy Meal ini akan digelar Surprise Happy Meal. Semua ni telah terungkap dan terurai semasa sambutan ulang tahun ke-40 Happy Meal pada 20hb November 2019 yang lalu yang turut hadir iaitu Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Puan Melati Abdul Hai.

Ucapan dari Puan Melati

Puan Melati bersama 14 mainan ikonik Happy Meal

Beliau berkongsi keterujaan dalam membawa semula 14 mainan ikonik ini ke dalam Happy Meal. Bagi beliau, ia mengimbas kembali detik-detik manis dengan mainan-mainan paling ikonik Happy Meal pada masa lalu. Selain daripada itu, Puan Melati turut mengaitkan Happy Meal selari dengan detik keriangan antara anak-anak dan ibu bapa. Sobsobsob! YF is sad. Family is everything right? Nak tahu mainan apa yang bakal diketengahkan? Jom kita baca senarai di bawah:

1. Cowboy McNugget (McDonald's): 1988
2. Fireman McNugget (McDonald's): 1988
3. McNugget Carrier Mail (McDonald's): 1988
4. Hamburger Changeable (McDonald's): 1989
5. Grimace (McDonald's): 1990
6. Dino Happy Meal Box Changeable (McDonald's): 1991
7. McDonald's Hot Wheels Thunderbird (Mattel): 1993
8. Hamburglar (McDonald's): 1995
9. Space Jam Bugs Bunny (Warner Brothers): 1996
10. Patti the Platypus (Ty Beanie Baby): 1997
11. Tamagotchi (Bandai): 1998
12. My Little Pony (Hasbro): 1998
13. Furby (Hasbro): 1999
14. Hello Kitty (Sanrio): 2013


Ehem! YF bagi amaran ya, youalls tak boleh pilih mainan apa yang korang nak ada dalam Surprise Happy Meal masa dikaunter nanti. Itulah maksudnya elemen suprise ya kengkawan. Jangan nakal-nakal tau. 😝 Bukan apa. Konsep Surprise Happy Meal ini adalah untuk mengembalikan perasaan teruja dikalangan peminat Happy Meal. Jadi, bila buka kotak Happy Meal nanti, barulah surpriseeeee! 😍


Jangka masa Surprise Happy Meal ini mungkin akan berlangsung selama SATU MINGGU sahaja, sementara stok masih ada. Jadi, sediakan duit anda dengan rapi dan cukup. Kalau ada geng, boleh buat group Whatsapp/Telegram terus sebab kalau dapat mainan yang sama bolehlah bertukar-tukar dengan geng dalam group tu kan. Bernas tak idea ni? 😏

Gelak besar nampak?

Masing-masing tengah nervous

Game belon beracun

Say cheeseeee!


Winkwinkwink!

Pada hari kejadian tu juga permainan teka-teki dan belon beracun pun ada tau. YF ada keberanian plak nak menyumbang tenaga. Aduhhh! 😅 Yang penting, majlis tersangatlah happening, bersama team KBBA, dan lebih-lebih lagi dengan kehadiran host yang happy go lucky, Azura Zainal. Weihhh! Masa kecik-kecik, selalu tengok dia dalam TV je tau. Laa ni, dapat tengok live gitu! Betul-betul mengimbau kenangan. Boleh tak, tak nak terasa tua sekejap? Sekejap jeeee! 😂

Cukup YF. Cukup! Hahaha. Jadi, kepada peminat setia Happy Meal, nantikan 28hb November 2019 ini dengan penuh kesabaran dan ketekunan, ya? Jangan lepaskan peluang untuk memilikki 14 mainan ikonik Happy Meal dari McDonald's!


-----------------------------------------------------------
YF : Jangan berebut plak dengan anak nanti ya 😝

Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?